Kini urusan pembayaran bil Astro menjadi lebih mudah. Anda kini boleh buat bayaran bil Astro secara online terus daripada website atau menerusi perbankan online seperti Maybank2u. Tidak perlu lagi beratur di kaunter pos laju.
Dengan kaedah online sebegini, urusan akan menjadi lebih pantas dan mudah. Anda tidak perlu keluar rumah untuk buat bayaran. Segala urusan boleh dilakukan secara dalam talian (online) yang berada dihujung jari anda sahaja.
Cara Bayar Bil Astro Secara Online Terkini
Sebenarnya terdapat banyak platform online yang anda boleh buat bayarab bil Astro setiap bulan tetapi 2 kaedah ini sudah memadai untuk anda gunakan iaitu bayar secara terus melalui akaun Astro di website atau menggunakan perbankan online Maybank2u
1) Website Astro
1. Login menggunakan username dan password akaun Astro anda menerusi https://myastro.astro.com.my/home/

2. Klik ‘Account’
3. Kemudian akan dipaparkan bil bulanan semasa anda. Klik pada butang Pay Bill dan bayar seperti biasa sehingga selesai

Langkah ini juga anda boleh gunakan menerusi aplikasi myAstro yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.
2) Maybank2u
Untuk kaedah ini, anda sudah mempunyai akaun perbankan online Maybank2u dan juga no akaun Astro 10-digit. (pergi akaun myAstro anda dan klik pada bahagian Account > 10 digit account no.)
1. Layari laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my dan Login seperti biasa
2. Pergi tab Pay & Transfer > Pay to : Payee > Astro. Kemudian masukkan 10-digit no. akaun Astro dan klik Confirm

3. Akan dipaparkan nama pemilik akaun Astro. Jika betul, masukkan jumlah bayaran yang anda ingin buat dan klik Pay

4. Buat bayaran seperti biasa sehingga selesai
BACA JUGA : Cara Semak Baki Akaun Maybank Menggunakan Maybank2u
Semoga bermanfaat bagi anda yang ingin membuat bayaran bil Astro secara online baik menggunakan akaun myAstro di laman web dan aplikasi atau menggunakan Maybank2u. Pastinya urusan boleh diselesaikan dengan mudah.