Pada 13 Ogos yang lalu, secara rasminya siri Google Pixel 9 dilancarkan. Buat pertama kalinya, kini anda boleh dapatkan produk smartphone daripada Google itu secara rasmi di Malaysia. Tak perlu lagi beli daripada third-party.
Beberapa minggu sebelum siri Google Pixel 9 dilancarkan secara rasmi, banyak ura-ura yang mengatakan Google Pixel bakal buat kemunculan di pasaran Malaysia secara rasmi. Bukan lagi dibawa oleh seller persendirian.
Akhirnya perkara tersebut dimuktamadkan apabila beberapa penjual (retailer) rasmi telah diperkenalkan, sekali gus bertanggungjawab menyediakan, membawa atau menjual Google Pixel di pasaran Malaysia secara rasmi.
Untuk info, setakat ini hanya ada penjual rasmi Google Pixel sahaja. Masih tiada Google Store. Kalau nak buat perbandingan, sebelum Apple Store dibangunkan, ada Switch, Thunder, Machine dan lain-lain. Itu juga adalah pengedar rasmi jika di Malaysia.
BACA JUGA : Cara Semak iPhone Tiruan Atau Original
Senarai Siri Google Pixel 9 Tahun 2024 Dan Harga Rasmi
Ini senarai harga rasmi siri Google Pixel 9 yang dijual di Malaysia :
- Google Pixel 9
- 12GB + 128GB = RM3,999
- 12GB + 256GB = RM4,499
- Google Pixel 9 Pro
- 16GB + 128GB = RM5,199
- 16GB + 256GB = RM5,699
- 16GB + 512GB = RM6,299
- Google Pixel 9 Pro XL
- 16GB + 128GB = RM5,699
- 16GB + 256Gb = RM6,199
- 16GB + 512GB = RM6,799
- 16GB + 1TB = RM7,999
Jadi untuk pasaran Malaysia, siapakah yang menjadi penjual rasmi untuk Google Pixel? Macam mana nak beli Google Pixel 9 yang baru diperkenalkan pada Ogos sebelum ini?
Senarai Penjual Rasmi Google Pixel Di Malaysia
Setakat ini, terdapat 6 penjual rasmi yang menjuala Google Pixel 9 di Malaysia antaranya adalah :
- CelcomDigi
- Maxi
- Senheng / SenQ
- Urban Republic by Switch
- Shopee
- Lazada
Jadi selepas ini, sekiranya anda ingin dapatkan mana-mana produk Google termasuk smartphone Google Pixel 9, anda boleh datang ke mana-mana cawangan penjual diatas atau dapatkan secara online.
Cara Beli Google Pixel 9 Secara Rasmi Di Malaysia
Berikut merupakan cara untuk beli produk Google Pixel termasuk Google Pixel 9 di setiap penjual rasmi di Malaysia. Boleh lakukan secara online sahaja:
1. CelcomDigi
Menerusi CelcomDigi anda boleh dapatkan Google Pixel 9 Pro XL dan Google Pixel 9 dengan kontrak serendah RM63 sebulan. Selain itu, mereka juga ada menawarkan 2x storage dan juga menawarkan trade-in phone lama anda.
Untuk info lanjut, boleh pergi ke https://www.celcomdigi.com/devices/google
2. Maxis
Maxis juga ada menawarkan siri Google Pixel iaitu menerusi Maxis Zerolution. Boleh juga dapatkan naik taraf 2x memory dengan harga bermula RM105 sebulan. Info lanjut, boleh layari https://www.maxis.com.my/en/devices/google-pixel/pre-order/
3. Senheng / SenQ
Tidak berminat dengan tawaran kontrak, Senheng ada menjual siri Google Pixel secara tunai. Tapi lebih menari, anda boleh dapatkan 0% kadar faedah sehingga 60 bulan iaitu dengan harga RM55.65 sebulan untuk Pixel 9 dan RM94.98 sebulan untuk Pixel 9 Pro XL.
Boleh datang ke mana-mana cawangan Senheng atau SenQ atau buat tempahan secara online disini.
4. Urban Republic by Switch
Urban Republic pun merupakan salah satu penjual rasmi siri Google Pixel. Untuk Pixel 9, anda boleh buat tempahan pre-order sekarang dengan pembayaran sebanyak RM300 sahaja. Boleh tempah sekarang disini.
5. Shopee
Taknak beli di website dan sudah biasa dengan Shopee? Jangan risau, di Shopee kini juga terdapat Google Pixel Store secara rasmi menerusi Shopee Mall. Anda boleh buat beli siri Google Pixel 9 sekarang. Boleh juga dapatkan free gift bagi setiap pembelian. Klik pautan dibawah
6. Lazada
Selain di Shopee, Lazada juga menjadi antara penjuala rasmi bagi produk siri Google Pixel termasuk Pixel 9. Google Pixel Store kini secara rasmi dibuka sebagai LazMall di Lazada. Boleh beli sekarang. Klik link dibawah