QR code kini menjadi salah satu kaedah yang paling mudah dan cepat untuk berkongsi maklumat secara digital, termasuk apabila menggunakan Google Forms bagi urusan kerja atau apa-apa urusan penting.
Dengan menggunakan Kod QR atau ‘QR code’, anda boleh memudahkan pengguna mengakses borang Google anda hanya dengan mengimbas atau scan kod tersebut menggunakan smartphone sendiri.
BACA JUGA : Cara Bayar Bil RANHILL SAJ Secara Online
Ini adalah pilihan yang sangat berguna dalam pelbagai situasi seperti seminar, pendaftaran acara, borang soal selidik, di mana anda ingin menyediakan akses pantas dan mudah kepada peserta.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara-cara mudah untuk membuat QR code bagi borang Google Form anda dengan mudah, langkah demi langkah.
Cara Buat QR Code Google Form Untuk Langkah Demi Langkah
Dalam tutorial ini, ada 2 perkara utama yang anda perlu fokus; pertama adalah cara menghasilkan Google Form menggunakan ‘Forms’ dan kedua adalah menghasilkan Kod QR daripada link Google Form tersebut.
A. Cara Google Form
1) Layari laman web Google Form di https://www.google.com/forms. Kemudian klik Sign-In dan masukkan alamat gmail anda
2) Anda akan dibawa ke halaman utama Google Form. Disini disediakan beberapa template tersedia seperti RSVP, Party Invite, Contact Information dan sebagainya. Jika anda ingin hasilkan borang sendiri, anda klik pada Blank Form

3) Akan dipaparkan halaman Google Form untuk anda mula menghasilkan borang sendiri.
5) Masukkan segala soalan dan informasi berkaitan

6) Jika sudah siap, anda boleh dapatkan link Google Form anda tersebut dengan klik pada butang Send dan pada bahagian Send Via, pilih butang Link

7) Anda kini sudah dapatkan Link Google Form yang mana anda boleh share kepada orang ramai. Seterusnya adalah untuk menghasilkan QR Code daripada Google Form tersebut
B. Cara Buat QR Code Google Form
1) Pergi ke laman web https://www.qr-code-generator.com/
2) Klik pada pilihan URL
3) Copy URL Google Form yang anda dapat pada langkah diatas dan paste pada ruangan yang disediakan (Enter Your Website)

4) Secara automatik, QR Code anda akan tersedia pada bahagian kanan
5) Boleh pilih frame yang disediakan. Sekiranya sudah siap, klik Download (JPG) untuk dapatkan Kod QR yang disambungkan dengan Google Form anda tersebut
6) Selesai
Sekarang QR Code untuk Google Form dah siap. Jadi boleh kongsikan kepada orang ramai dan mereka boleh akses borang tersebut dengan cepat dan mudah. Hanya perlu scan sahaja.