Cara Buat Report Polis Online (e-Reporting PDRM)

By aiman

Published on:

cara report polis online

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh buar report polis secara online sahaja tanpa perlu ke balai bolis? Ini kerana pihak PDRM telah menyediakan satu platform iaitu e-Reporting PDRM untuk memudahkan rakyat Malaysia.

Dengan adanya platform ini, anda boleh membuat report atau laporan polis bagi kes-kes tertentu, terutamanya kes bukan kecemasan seperti kehilangan dokumen, barang tercicir, kecurian dan beberapa kes lain lagi.

Apa Itu e-Reporting PDRM?

e-Reporting adalah satu inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memudahkan orang awam membuat repot polis secara online melalui Internet, tanpa perlu hadir secara fizikal ke balai polis.

BACA JUGA : Cara Buat Aduan SISPA KKM

Advertisements

Walau bagaimanapun, platform ini hanya untuk kes-kes seperti:

  • Kehilangan kad pengenalan atau dokumen lain
  • Kehilangan barang peribadi
  • Laporan maklumat awam

Untuk kes kecemasan seperti jenayah yang sedang berlaku, kemalangan serius, atau ancaman nyawa, anda mesti menghubungi 999 atau pergi terus ke balai polis terdekat.

Cara Buat Report Polis Secara Online Menggunakan e-Reporting PDRM

Berikut merupakan langkah-langkah untuk anda buat report polis secara online dengan menggunakan platform e-Reporting yang disediakan khas oleh PDRM

1) Untuk langkah awal, anda terlebih dahulu perlu mendaftar sebagai pengguna di portal e-Reporting menerusi pautan https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx. Klik pada Daftar Pengguna

Masukkan segala butiran peribadi anda diruang yang disediakan seperti nama, alamat, no. telefon, emel dan sebagainya

2) Kemudian anda boleh login seperti biasa menggunakan no. kad pengenalan beserta password yang telah ditetapkan ketika mendaftar sebagai pengguna

3) Anda perlu tanda 2 kotak yang dipaparkan bagi tujuan pengesahan umur 18 tahun dan keatas beserta laporan yang dibuat tidak melibatkan unsur jenayah. Kemudian klik Sambung

3) Kemudian akan dipaparkan beberapa soalan berkaitan sebelum anda membuat laporan polis seperti bagaimana anda syaki insiden berlaku, tujuan laporan dan sebagainya. Jika sudah tentukan, klik Ok

Advertisements

4) Kemudian barulah anda mula buat laporan polis iaitu dengan mula pada bahagian :

  1. Butiran Peribadi
  2. Butiran Kejadian
  3. Keterangan Kejadian
  4. Perakuan
  5. Cetak Report

5) Akhir sekali, anda perlu semak segala laporan atau report polis yang anda telah buat. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul. Klik butang Hantar untuk mengemukakan laporan anda

Tunggu tindakan lanjut. Laporan anda akan dinilai oleh pihak PDRM. Mereka akan hubungi anda sekiranya memerlukan maklumat tambahan atau tindakan susulan.

Dengan e-Reporting ini, anda boleh berjimat masa dan tenaga. Gunakan platform ini untuk kes-kes yang sesuai dan pastikan maklumat yang diberikan adalah benar.

Jangan ragu untuk mencuba dan kongsikan artikel ini kepada keluarga serta rakan-rakan yang mungkin memerlukan panduan ini! Perkhidmatan ini adalah percuma.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment