Cara Daftar NJOI Secara Online. Boleh Guna Piring Astro Yang Sudah Ada

By aiman

Published On:

Follow Us
cara daftar njoi

Sekiranya anda berminat untuk daftar Njoi, sebenarnya anda boleh buat sendiri secara online sahaja. Tak pandai, jangan risau, anda boleh ikuti panduan lengkap dibawah sehingga berjaya.

Untuk info, Njoi merupakan salah satu produk Astro dimana menawarkan tayangan tv secara percuma. Ya, anda hanya perlu bayar dekoder dan caj sambungan sahaja. Tiada bayaran bulanan.

Ianya merupakan alternatif terbaik selain Astro yang mana menggunakan sambungan pemancar satelit. Sebenarnya selain Njoi, Sooka juga merupakan produk Astro, tapi mengfokuskan kepada tayangan secara striming dan bayaran bulanan.

BACA JUGA : Cara Potong Dan Terminate Astro

Akan tetapi, saluran tv yang ditawarkan adalah limited. Oleh itu, Njoi menawarkan beberapa pakej saluran Astro berbayar mengikut bajet anda. Boleh langgan mengikut hari, mingguan, bulanan atau tahunan.

Senarai Saluran Percuma Njoi

Antara saluran tv yang ditawarkan secara percuma dan tidak perlu kepada langganan adalah seperti TV1, TV2, TV3, TV Sarawak, TV Okey, TV Alhijrah, Astro Awarni, Bernama dan banyak lagi. Hanya saluran-saluran asas sahaja.

Bukan itu sahaja, terdapat juga saluran radio percuma yang disediakan seperti HITZ Fm, Era Fm, Lite Fm, Mix Fm, My Fm, Sinar Fm, THR Gegar, Jazz, Radio Bayu, Zayan, Go Xuan dan pelbagai lagi.

Semua saluran ini, anda boleh tonton secara percuma, tanpa perlu bayaran apa-apa. Akan tetapi saluran lain seperti Astro Ria, Astro Prima, Astro Citra, Astro Arena, AXN, Astro AEC, Astro Ceria dan pelbagai lagi saluran, anda perlu langgan mengikut pek.

Senarai Pek Dan Pakej Langganan Njoi

Berikut merupakan pek yang ditawarkan secara langganan untuk pengguna njoi:

  1. Family Pack (Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena etc) = RM28 sebulan
  2. Kids & Knowledge Pack (Astro Ceria, Cartoon Network, Nickelodeon etc) = RM28 sebulan
  3. Sports Mega Pack (Astro Arena, Arena Bola, Astro Premier League, Astro Badminton etc) = RM47 sebulan
  4. Popcorn Pack (Astro Showtime, FAM Time, Astro Showcase, Rock Action, Rock x Stream, TVN Movies etc) = RM28 sebulan
  5. Maharaja Plus Pack (Sun TV, KTV, Colors Tamil, Z Cinema etc) = RM28 sebulan
saluran dan pek njoi

Untuk dapatkan senarai penuh saluran dan pek pra-bayar Njoi ini, anda boleh pergi ke https://www.njoi.com.my/bm-channels-packs/prepaid-packs

Cara Daftar Njoi Secara Online

Mungkin rumah anda tidak mempunyai sambungan internet, tetapi ingin menonton tv dan tidak mahu terikat dengan kontrak Astro. Jadi pilihan terbaik adalah anda guna atau daftar Njoi. Anda boleh mohon secara online sahaja.

  1. Layari laman web Njoi di https://www.njoi.com.my/bm-sign-up
  2. Pilih Standard Box tanpa piring satelit atau dengan piring satelit. (Sekiranya anda sudah mempunyai piring Astro yang lama, anda boleh pilih ‘tanpa piring satelit’)
  3. Masukkan butiran peribadi anda seperti nama penuh, no. telefon, emel dan alamat pemasangan. Akhir sekali, klik Hantar
  4. Proses permohonan akan mengambil masa 3-5 hari waktu bekerja. Staf Njoi akan hubungi anda untuk tujuan pengesahan dan proses pemasangan seterusnya.
harga daftar njoi

Proses Pemasangan

Selepas dah berjaya daftar Njoi dan kemudian pihak Njoi juga sudah mengesahkan segala butiran yang telah dihantar. Proses seterusnya adalah pemasangan daripada pihak technician setempat anda.

Mereka akan hubungi anda bila ada slot kekosongan dan mengikut waktu free anda. Mereka akan buat pemasangan dan sambungan Njoi terus ke rumah. Anda akan peroleh dekoder Njoi dengan 12-tahun waranti, remote control dan smart card.

njoi

Untuk waktu terhad, anda akan peroleh RM20 kredit untuk pendaftaran kali pertama dengan menggunakan laman web Njoi iaitu di www.njoi.com.my/ beserta pek HD untuk tempoh 6 bulan.

Selesai daftar Njoi.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now