Cara Keluarkan Duit Coopbank Pertama Secara Online Menggunakan Helocbp (Transfer Online)

By aiman

Published on:

akaun helocbp

Duit banyak dalam akaun saving? Duit dividen dah masuk? Jadi anda bercadang untuk keluarkan duit Coopbank Pertama tersebut, anda boleh ikuti tutorial ringkas disini yang mana anda boleh lakukan secara online sahaja.

Sekiranya anda merupakan ahli anggora Co-opBank Pertama, anda sudah pastinya mempunyai akaun saham dan akaun simpanan atau saving account. Jadi dalam akaun saving inilah, biasanya anda akan simpan duit atau tempat duit dividen.

Jadi mungkin anda buat keputusan untuk keluarkan duit yang ada dalam akaun saving tersebut untuk transfer ke akaun bank yang lain. Biasanya anda boleh lakukan di mana-mana cawangan CBP. Tapi kini anda boleh lakukan secara online sahaja menggunakan Helocbp sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Advertisements

BACA JUGA : Cara Daftar Dan Buka Akaun HELOCBP

Cara Keluarkan Duit Coopbank Pertama Secara Online Menggunakan HELOCBP

Kalau anda sudah ada akaun HELOCBP, anda sudah boleh untuk transfer duit dari akaun Co-opbank Pertama anda kepada akaun bank yang lain secara online sahaja. Ikuti langkah mudah dibawah dengan menggunaakn aplikasi Helocbp

Langkah 1 : Buka aplikasi Helocbp dan sign-in menggunakan username dan password seperti biasa

Langkah 2 : Pada halaman utama, klik Fund Transfer dan pilih Other Banks Transfer

Langkah 3 : Masukkan segala butiran yang diperlukan iaitu :

  • Transfer From : Akaun saving anda
  • Transfer Type : Fund Transfer To Savings/Current
  • Recipient Details : Masukkan akaun bank dan no. akaun
  • Desclaimer : Masukkan nama anda diikuti dengan jumlah yang anda ingin keluarkan. Letak juga reference
  • Transfer Mode : Normal Transfer

Dah lengkap semua, klik “Next”

Advertisements

Langkah 4 : Jika sudah yakin dengan segala butiran, klik “Proceed”

Langkah 5 : Akhir sekali klik “Approve”

Duit anda akan mengambil masa 4-5 jam untuk ianya transfer ke dalam akaun bank. Selain itu, pastikan jumlah minima yang perlu ada dalam akaun saving iaitu sebanyak RM20.00. Selebihnya, barulah boleh bawa keluar.

Lepas ni kalau kalau nak transfer duit dari akaun Coopbank Pertama ke akaun bank yang lain lebih mudah dengan adanya Helocbp ini.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment