Cara Daftar Akaun HeloCBP Dan Aktifkan (Co-opbank Pertama)

By aiman

Updated on:

akaun helocbp

Tak tahu cara nak mulakan? Jangan risau, mari sini kami kongsikan langkah-langkah dan cara daftar akaun HELOCBP yang boleh dibuat secara online, seterusnya mengaktifkan akaun Co-opbank Pertama anda selepas selesai daftar. Dah tukar warna pink sekarang.

Umum sedia maklum, pihak Co-opbank Pertama telah mengumumkan bermula 30 April 2024, laman e-semakan akan ditamatkan sepenuhnya. Jadi pengguna sedia ada boleh dapatkan akses perkara tersebut menerusi platform HELOCBP pula.

Erti kata lain, sekiranya sebelum ini, anda buat semakan baki, buat penambahan syer pelaburan menggunakan laman e-semakan. Selepas 30 April 2024, perkara tersebut hanya boleh dibuat menerusi platform HELOCBP sahaja.

Tentang Co-opbank Pertama Malaysia

Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Co-opbank Pertama (CBP) adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 yang dikawalselia bersama oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

CBP menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh shariah dan mempunyai 33 buah cawangan termasuk Outlet di seluruh negara. Antara produk yang ditawarkan seperti pembiayaan, deposit, ar-rahun, takaful & wasiat dan banyak lagi.

Advertisements

Fungsi HeloCBP

Antara fungsi dan ciri-ciri yang ditawarkan oleh aplikasi HeloCBP adalah seperti :

  • Pindahan dana ke akaun sendiri/ akaun pihak ketiga/ akaun bank luar/ akaun pembiayaan
  • Boleh buat semakan akaun/ ringkasan/ maklumat akaun/ penyata akaun
  • Pengaktifan kill switch
  • Menguruskan segala penetapan (tukar emel, tukar password dan sebagainya)

Cara Daftar Akaun HeloCBP Dan Seterusnya Aktifkan Akaun

Untuk makluman, HELOCBP disediakan di dua (2) platform iaitu secara laman web atau menggunakan aplikasi. Untuk apps di platform iOS, boleh download sini dan Android boleh download sini.

Untuk proses pendaftaran dan buka akaun HeloCBP ini, anda hanya boleh lakukan di platform website sahaja. Jadi anda perlu bukan laptop atau komputer dan ikuti langkah seterusnya seperti dibawah. Ini cara daftar akaun HeloCBP:

1. Pergi ke laman web helocbp.com.my dan klik Online IB Registration

2. Baca terma dan syarat. Dah selesai, klik Continue

3. Ada tiga (3) langkah semuanya untuk selesaikan. Langkah pertama, masukkan nombor kad pengenalan, MyKAD beserta nombor telefon dan emel yang aktif. Jika sudah klik Next

Kemudian anda akan diberikan nombor OTP pada telefon anda, masukkan pada ruang yang disediakan dan klik Next

4. Langkah kedua, disini anda perlu lengkapkan butiran akaun HeloCBP anda seperti User ID, password, secure word dan tiga secure question. Jika sudah lengkap, klik butang Next

Disarankan untuk tulis tulis semua maklumat ini secara manual. Takut anda lupa nanti.

5. Langkah ketiga, anda akan dipaparkan semua maklumat yang anda telah masukkan pada langkah pertama dan kedua tadi. Semak terlebih dahulu. Pastikan betul semuanya. Jika sudah selesa, klik Next

Advertisements
cara daftar akaun helocbp

6. Selesai untuk bahagian pendaftaran akaun HeloCBP.

Langkah terakhir sebelum anda diberikan kebenaran untuk akses akaun HeloCBP anda adalah dengan mengaktifkan akaun anda tersebut.

Cara Aktifkan Akaun HeloCBP

Terdapat dua (2) cara untuk anda aktifkan HeloCBP anda iaitu sama ada dengan menghubungi pihak bank sendiri iaitu menerusi talian 1-300-88-7650 atau boleh whatsapp sahaja di talian 019-7567650.

Tetapi sekiranya, anda sukar untuk tembusi talian atau tiada yang menjawab. Jangan risau, selang beberapa hari, akan ada pihak Co-opBank Pertama sendiri yang akan menghubungi anda untuk teruskan proses verification atau pengaktifan.

Daripada pengalaman, selepas tak berjaya tembusi talian dan whatsapp. Pihak bank call pada hari ketujuh selepas daftar akaun untuk lakukan proses pengaktifan. 5 minit siap.

Jadi diharapkan perkongsian cara daftar akaun HeloCBP atau cara daftar HeloCBP ini memudahkan urusan anda yang ingin buat pendaftaran dan aktifkkan akaun. Selepas ini, anda boleh semak baki atau tambah deposit syer saham CBP menggunakan aplikasi HeloCBP sahaja.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

2 thoughts on “Cara Daftar Akaun HeloCBP Dan Aktifkan (Co-opbank Pertama)”

Leave a Comment