Cara Tambah Saham Co-opbank Pertama, CBP Secara Online (JomPAY)

By aiman

Published on:

cara tambah syer co-opbank pertama

Syer keanggotaan CBP dibuka semula? Jadi disini dikongsikan cara tambah saham Co-opbank Pertama yang anda boleh lakukan secara online sahaja iaitu menerusi JomPAY yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Mungkin sebelum ini, jika anda ingin tambah syer Coopbank Pertama (CBP) anda perlu lakukan di cawangan dan perlu beratur di kaunter untuk lakukan urusan. Sudah pastinya ianya mengambil masa yang lama.

Tapi kini pihak pengurusan Co-opbank Pertama telah memudahkan ahlinya apabila menyediakan kaedah topup syer secara online sahaja. Jadi anda tidak perlu lagi pergi beratur di kaunter untuk berurusan.

Bila Boleh Tambah Syer Keanggotaan CBP Atau Tambah Saham?

Saham Co-opbank Pertama ni sama macam saham Bank Rakyat. Dimana ada limit dan syer adalah terhad. Jadi bukan setiap masa ianya dibuka untuk penambahan syer. Setiap kali dibuka, pasti ada limit.

Jika limit tersebut sudah capai, maka pihak CBP akan tutup penambahan syer atau pendaftaran baru. Jadi anda tak boleh dah tambah saham co-opbank pertama selepas itu sehinggalah diumumkan untuk buka semula.

Advertisements

Jadi nak tahu bila ada saham atau syer dibuka semula, anda perlu ikuti pengumuman dari semasa ke semasa yang akan dibuat menerusi laman facebook rasmi Co-opbank Pertama @mycbpofficial. Dah umum buka, baru boleh tambah saham co-opbank pertama.

Pengumuman akan dibuat seperti dibawah:

Cara Tambah Saham Co-opbank Pertama (CBP) Secara Online Menggunakan JomPAY

Kaedah yang diperkenalkan oleh CBP adalah dengan menggunakan JomPAY. Ini bermakna, anda boleh menggunakan mana-mana online banking yang anda ada sama ada Maybank2u, CIMB Click, mYBSN, iRakyat, Bank Islam Biz dan sebagainya.

Anda boleh ikuti langkah dibawah sekiranya anda ingin topup saham Coopbank Pertama secara online menggunakan JomPAY. Kaedah dibawah adalah menggunakan Maybank2u:

Langkah 1 : Login seperti biasa menggunakan username dan password di Maybank2u www.maybank2u.com.my/

Langkah 2 : Pada halaman utama, klik pada tab ‘Pay & Transfer’ dan pilih tab ‘Pay’

Langkah 3 : Pada bahagian ‘Pay To’, pilih ‘JomPAY’. Untuk Biller Code, masukkan 7658 iaitu untuk kod CO-OPBANK PERTAMA (kod ini kena betul, jangan salah)

Langkah 4 : Pada bahagian pembayaran. Ref-1 masukkan nombor anggota anda dan Ref-2 masukkan no. MyKad milik anda. Kemudian masukkan jumlah yang anda ingin tambah ke syer saham CBP anda. Dah selesai, tick pada ‘I hereby agree…’ dan klik Pay

Untuk nombor anggota, anda boleh dapatkan di akaun aplikasi CBP atau www.helocbp.com.my/ (Login > Account Summary > Share Membership > 12-digit no. akaun) cth : 775001234567

Advertisements

BACA JUGA : Cara Daftar Akaun CBP Di Aplikasi HeloCBP

Langkah 5 : Buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai

Mudah sahaja bukan? Tambahan lagi, kaedah tambah saham Coopbank Pertama ini tiada caj tambahan dikenakan. Anda boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja meskipun luar waktu pejabat. Kadar minimum tambahan adalah sebanyak RM100.

Tambahan syer akan dimasukkan ke dalam akaun saham dalam masa 1-3 hari. Jadi anda boleh semak dari hari ke hari untuk mengesahkan status kemasukkan tersebut.

Jadi selepas urusan anda lebih mudah sekiranya anda berhajat untuk tambah saham co-opbank pertama yang anda boleh lakukan secara online sahaja. Tak perlu lagi beratur panjang di kaunter untuk berurusan.

Tetapi sekiranya anda ingin buka akaun baru dan ingin daftar ahli CBP, anda perlu juga datang ke mana-man cawangan Co-opbank Pertama berdekatan. Tidak boleh dilakukan secara online.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment