Cara Keluarkan Duit KWSP Daripada Akaun 3 (Fleksibel)

By aiman

Published On:

Follow Us
cara keluarkan duit kwsp akaun 3

Nak keluarkan duit KWSP daripada Akaun 3 tapi tak pasti cara yang betul? Jangan risau, prosesnya sebenarnya tak rumit. Anda boleh lakukan secara online menggunakan i-Akaun sahaja.

Akaun 3 diperkenalkan bagi membolehkan ahli KWSP mengakses simpanan mereka dengan lebih fleksibel, terutama untuk kegunaan kecemasan. Jadi, kalau ada keperluan mendesak, duit dalam akaun ini boleh membantu.

BACA JUGA : Cara Pindah Amaun Permulaan Ke Akaun Fleksibel

Tapi sebelum buat permohonan, pastikan faham syarat-syarat yang ditetapkan supaya tak tersilap langkah. Jom lihat jenis-jenis akaun KWSP dan syarat pengeluaran Akaun 3 supaya semuanya lebih jelas!

Jenis-Jenis Akaun KWSP

KWSP membahagikan caruman pencarum kepada tiga akaun utama:

  1. Akaun 1 (Persaraan) – Simpanan untuk persaraan, tak boleh dikeluarkan sebelum mencapai umur tertentu.
  2. Akaun 2 (Sejahtera) – Boleh dikeluarkan untuk tujuan tertentu seperti pendidikan, perumahan, atau kesihatan.
  3. Akaun 3 (Fleksibel) – Akaun baharu yang lebih fleksibel, membolehkan pengeluaran pada bila-bila masa.

Erti kata lain. Akaun 1 dan Akaun 2 masih mengenakan syarat-syarat yang ketat dan keperluan sahaja baru anda boleh keluarkan duit KWSP tersebut. Manakala untuk Akaun 3, anda bebas untuk bawa keluar pada bila-bila masa.

Syarat-Syarat Pengeluaran Akaun 3

Jadi antara syarat-syarat yang ditetapkan untuk keluarkan duit KWSP tersebut daripada Akaun 3 adalah :

  • Terbuka kepada semua ahli warganegara dan bukan warganegara
  • Ahli masih belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai duit atu simpanan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3)
  • Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50

Namun begitu, bagi ahli bukan warganegara, permohonan pengeluaran boleh dibuat secara manual melalui Pejabat KWSP terdekat. Untuk warganegara, anda boleh mohon secara online di portal i-Akaun.

Cara Mohon Keluarkan Duit KWSP AKaun 3

Kalau anda tidak tahu cara mohon keluarkan duit KWSP daripada Akaun 3, anda boleh ikuti panduan lengkap dibawah. Anda boleh sama ada menggunakan portal i-Akaun di https://iakaun.kwsp.gov.my/ atau menggunakan aplikasi mobile.

Panduan ini, kami kongsikan dengan menggunakan aplikasi mobile KWSP i-Akaun. Anda boleh download di Play Store atau App Store secara percuma. Jom kita tengok cara-caranya :

1. Buka aplikasi dan Login menggunakan ID dan password anda

2. Anda akan dibawa ke halaman utama. Pilih tab Pengeluaran > Keluarkan Simpanan Anda > pilih Akaun Fleksibel > Klik butang Keluarkan Simpanan

3. Akan dipaparkan jumlah simpanan yang ada dalam Akaun Fleksibel dan jumlah yang layak dikeluarkan. Masukkan jumlah yang anda ingin keluarkan dengan nilai minimum ialh RM50. Jika sudah, klik Teruskan

4. Pilih bank untuk duit dikreditkan pada bahagian Tambah Bank. Pastikan akaun bank masih aktif.

5. Semak segala butiran yang dimasukkan. Jika sudah lengkap, klik Teruskan

6. Akhir sekali, anda perlu sahkan maklumat tersebut dengan klik pada Terima

7. Pilih kaedah pengesahan sama ada melalui i-Akaun Secure atau SMS TAC. Pilih i-Akaun Secure dan tekan butang Lulus

8. Selesai untuk permohonan pengeluaran. Permohonan akan diproses dengan segera.

Bila Duit Akaun Masuk Ke Dalam Akaun Bank

Sekiranya pengeluaran bagi Akaun 3 diluluskan, jumlah bayaran yang dipohon akan dimasukkan atau dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.

Dalam tempoh tersebut, anda boleh semak inbox i-Akaun anda dari semasa ke semasa untuk status terkini. Permohonan yang dihantar adalah tertakluk kepada pengesahan KWSP.

Tapi sebelum keluarkan duit KWSP ini, adalah sebagaiknya, fikir dulu untuk masa depan. Jika keperluan mendesak, baru keluarkan. Untuk info lanjut berkaitan Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP, anda boleh rujuk disini.

Sumber : kongsilah.my

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment