Kemaskini terbaru daripada pihak Meta dimana kini anda boleh letak atau tambah song di profile Instagram anda. Mari kami kongsikan cara tambah lagu di akaun personal Instagram anda.
Mungkin pengguna media sosial 90-an teringat dengan kemaskini terbaru untuk Instagram ini. Kalau dulu kita ada Myspace dan disitu juga anda boleh letak lagu yang anda suka. Kini ianya tersedia pula di Instagram.
Jadi mana yang sempat dan merindui ciri-ciri yang ada di Myspace, mungkin boleh cuba ciri terbaru ini pula di platform Instagram. Jom tengok cara letak lagu di Instagram.
Cara Tambah Lagu Di Instagram
Untuk mendapatkan ciri terbaru ini, anda mestilah ada akaun instagram dan sudah kemaskini atau update aplikasi sekurang-kurangnya untuk versi 345.3.0. Boleh kemaskini dri play store atau app store.
Ikuti langkah mudah dan cara tambah lagu di Instagram seperti dibawah :
- Buka aplikasi Instagram dan pergi ke bahagian profile anda
- Klik pada ‘edit profile’
- Cara bahagian Music dan klik
- Pilih lagu yang anda minat
- Trim lagu. Hanya 30 saat sahaja dibenarkan
- Jika sudah selesai, klik Done
Lagu yang anda pilih, akan terpapar pada bahagian hadapan profile anda. Walaupun begitu, lagu tersebut bukanlah dimainkan secara automatik atau autoplay. Anda perlu klik lagu tersebut.
Anda rasa ciri terbaru ini menarik ke biasa-biasa je? Kongsikan dengan kami di ruangan komen dibawah.
Your writing style makes complex topics seem simple. Thanks!