Cara Tonton Live JDT vs Shanghai Shenhua Untuk Aksi AFC Champions League Elite 2024 (ACLE)

By aiman

Updated on:

jdt vs shanghai shenhua

Perlawanan antara JDT vs Shanghai Shenhua dalam AFC Champions League Elite (ACLE) 2024/2025 sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak Malaysia.

BACA JUGA : JDT Berjaya Mengikat Shanghai Port Dengan Keputusan 2-2

Pertemuan ini penting buat kedua-dua pasukan, terutama sekali bagi JDT yang memerlukan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam kumpulan.

Advertisements

Perlawanan ini akan berlangsung pada 1 Oktober 2024 (Selasa), jam 8 malam waktu Malaysia bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, boleh saksikan secara live di kaca tv.

Cara Tonton Live JDT vs Shanghai Shenhua

Jadi untuk anda yang menonton selain di stadium, anda boleh saksikan secara langsung di kaca tv menerusi beberapa saluran yang ditetapkan:

1. Siaran Langsung di TV

Salah satu cara paling mudah untuk menonton perlawanan ini adalah melalui siaran langsung di kac TV. Anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Pastikan anda langgan pek sukan untuk menyaksikan saluran ini

2. Tonton Secara Online (Live Streaming)

Bagi yang tidak mempunyai akses Astro atau mereka yang lebih gemar menonton secara online, anda boleh tonton secara live streaming menggunakan platform Sooka.

Anda boleh strim menerusi laman web https://sooka.my/ atau aplikasi mobile dengan yuran langgan bermula dengan harga serendah RM13.90 pas 24-jam.

3. Platform Pihak Ketiga (Pilihan Alternatif)

Selain daripada platform rasmi, kadangkala terdapat juga siaran langsung di platform pihak ketiga seperti Facebook Live atau YouTube.

Advertisements

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati dengan kualiti siaran dan isu hak penyiaran. Siaran melalui platform ini mungkin tidak stabil atau boleh dihentikan secara tiba-tiba jika tidak mematuhi peraturan hak cipta.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan JDT vs Shanghai Shenhua dalam aksi kedua AFC Champions League Elite (ACLE) 2024/205 yang berlangsung pada 1 Oktober 2024, hari Selasa.

FT : JDT (3) – (0) Shanghai Shenhua

  • Arif Aiman 11′
  • Jorge Obregon 26′
  • Juan Muñiz 80′

Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment