Panduan Bacaan Doa Qunut Rumi Dan Jawi Serta Terjemahan Dalam Solat Subuh

By aiman

Updated on:

doa qunut

Untuk umat Islam khususnya di Malaysia, disini kami kongsikan tentang panduan bagi bacaan doa qunut rumi dan tulisan jawi beserta terjemahan untuk memudahkan anda.

Dengan adanya panduan ini, anda boleh amalkan terutamanya ketika melakukan ibadah solat setiap hari. Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Apa Itu Doa Qunut

Doa Qunut merupakan doa yang dibaca ketika iktidal iaitu selepas berdiri dari rukuk pada rakaat kedua dalam Solat Subuh. Dalam bahasa Arab, Qunut membawa maksud patuh dalam mengabdi iaitu kepada Allah.

Advertisements

Jika anda perasan di Mekah dan Madinah, mereka tidak melakukan Doa Qunut, tetapi di Malaysia setiap kali waktu solat Subuh, imam akan membaca dan makmum akan mengaminkan doa tersebut

Hukum Baca Doa Qunut Waktu Solat Subuh

Doa Qunut ialah sunat ab’adh bagi Mazhab Shafie iaitu jika ditinggalkan terutamanya dalam Solat Subuh, kita disunatkan untuk ganti dengan sujud sahwi iaitu sebelum memberi salam pada tahiyat akhir.

Solat itu masih sah meskipun anda terlupa baca doa qunut. Melakukan sujud sahwi adalah bersandarkan satu kisah masyhur Zul Yadain diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Berdasarkan beberapa penjelasa dan hujah yang dikemukakan,

Seseorang imam yang tertinggal atau segaja meninggalkan doa qunut ketika solat Subuh adalah disunatkan untuk dia melakukan sujud sahwi. Sekiranya dia tidak melakukannya, tidaklah membatalkan solatnya.

Manakala jika anda sebagai makmum, adalah dituntuk untuk mengikuti imam dalam pergerakan solat. Jika imam melakukan sujud sahwi, anda hendaklah turut melakukannya. Jika imam lupa, maka tidak perlu makmum untuk melakukannya.

Bacaan Doa Qunut

Berikut adalah bacaan doa qunut yang dibacakan ketika solat subuh dalam bahasa arab atau tulisan jawi

Advertisements

Doa Qunut Rumi

Ini merupakan bacaan Doa Qunut dalam tulisan rumi bagi memudahkan orang ramai untuk membacanya:

“Allah humah dini fiman hadait,
Wa’a fini fiman ‘afait,
Watawallani fiman tawalait,
Wabarikli fimaa a’tait,
Waqinii syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik,
Wainnahu layadziluman walait,
Walaa ya’izzuman ‘adait,
Tabaa rakta rabbana wata’alait,
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait,
Wa astaghfiruka wa atubu Ilaik,
Wa sallahu ‘ala saidina,
Muhammadinin nabiyil ummiyi,
Waala aalihi wasahbihi wassalam”

Terjemaah Doa Qunut

Berikut merupakan terjemahan bagi Doa Qunut dalam bahasa melayu khusus untuk bacaan makmum atau solat sendirian.

“Ya Allah tunjukkanlah aku sebagaimana orang sudah Engkau berikan petunjuk, Dan berikanlah kesihatan kepadaku sebagaimana orang Engkau sudah beri kesihatan, Dan peliharalah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pelihara, Dan berilah keberkatan bagiku pada segala apa yang Engkau sudah kurniakan,

Dan lindungilah aku dari segala bahaya kejahatan yang Engkau sudah tentukan, Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghuku dan bukannya yang dihukum, Maka sesungguhnya tidak hinat orang yang Engkau pimpin, Dan tidak mulia orang yang mana Engkau memusuhinya, Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi, Maha bagi Engkaulah segala pujian diatas apa yang Engkau hukumkan, Dan aku mohon ampun dari Mu dan aku bertaubah kepada Mu,

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya.”

Semoga panduan bacaan Doa Qunut rumi dan jawi beserta terjemahan ini bermanfaat untuk anda supaya mendapatkan solat yang sempurna.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment