Malaysia secara rasmi telah melancarkan kempen pelancongan baharu “Tahun Melawat Malaysia 2026” atau Visit Malaysia Year 2026 (VM2026) oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam masa yang sama, turut juga memperkenalkan logo, maskot, lagu tema berserta bentuk pesawat khas. Rata-rata ramai yang menyambut baik reka bentuk logo yang diperkenalkan termasuk juga untuk maskot ‘sun bear’
Logo baaru yang dihiasi dengan reka bentuk berinspirasikan batik Malaysia dan Bunga Raya melambangkan budaya Malaysia yang kaya, keindahan semula jadi, dan komitmen terhadap keterangkuman.
BACA JUGA : Senarai Semua Logo Tahun Melawat Malaysia Sejak 1990 Hingga Sekarang
Bagi maskot rasmi kempen kali ini, Beruang Matahari Malaya atau Sun Bear yang terancam dipilih untuk mewakili komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan hidupan liar.
Malaysia menyasarkan untuk menarik 35.6 juta pelawat antarabangsa dan menjana hasil pelancongan sebanyak RM147.1 bilion melalui kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) yang baru dilancarkan.
Logo Tahun Melawat Malaysia 2026 – Visit Malaysia
Rasional – Logo ini direka dengan teliti untuk menggambarkan pengalaman unik yang ditawarkan oleh Malaysia, daripada warisan budaya yang kaya hingga ke kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan.
Corak Keharmonian – Rekaan dan skema warna yang diilhamkan oleh batik melambangkan perpaduan dan tradisi lima kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Sabah, dan Sarawak.
Ikon Bunga Raya – Bunga Raya iaitu bunga kebangsaan Malaysia, mewakili keindahan, perpaduan, dan kebanggaan negara, yang mencerminkan semangat negara ini.
‘Truly Asia’ – Tagline ikonik ‘Malaysia Truly Asia’ dikekalkan, dengan penjarakan huruf yang diperbaiki untuk meningkatkan keseimbangan dan daya tarikan visual.
Font – Font ini diilhamkan oleh seni ukiran kayu tradisional Malaysia, memberikan sentuhan keaslian.
Maskot
Say Hello to the Stars of VM2026 – Duo Beruang Matahari Malaya! Versi lelaki (Wira) dan perempuan (Manja) ini mewakili keterangkuman dan kepelbagaian.
PAKAIAN TRADISIONAL – Maskot akan mengenakan pakaian tradisional daripada kumpulan etnik utama Malaysia: Melayu, Cina, India, Sabah, dan Sarawak. Ini menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia dan memupuk semangat perpaduan.
Download Logo Tahun Melawat Malaysia 2026
Tahun 2026 pastinya negara kita akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran pelancong antarabangsa dari luar negara termasuk lokal yang ingin menikmati keindahan negara Malaysia
Anda boleh dapatkan segala info lengkap berkaitan Tahun Melawat Malaysia 2026 seperti gambar logo, maskot sun bear, manual, lagu rasmi dan sebagainya, anda boleh download menerusi pautan dibawah.
Untuk info lanjut tentang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, anda boleh layari laman web rasmi Tourism Malaysia di https://www.tourism.gov.my/