Kempen Tahun Melawat Malaysia atau Visit Malaysia Year (VMY) adalah salah satu inisiatif besar negara untuk menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia.
Setiap kali kempen ini dilancarkan, logo khas direka untuk mencerminkan tema dan tarikan utama Malaysia. Kempen yang telah dimulakan sehak tahun 1990 dan kini kembali untuk tahun 2026.
Tujuan Kempen Tahun Melawat Malaysia
Kempen Tahun Melawat Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kedatangan pelancong antarabangsa terutamanya dari luar negara. Dengan itu, dapat lebih lagi memperkenalkan budaya dan tradisi hidup masyarakat Malaysia.
Selain itu, ianya juga mampu untuk menyokong ekonomi tempatan dengan menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan dan menyumbang kepada ekonomi negara. Dengan ini, pastinya dapat lagi meningkatkan jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Senarai Logo Tahun Melawat Malaysia Sejak Tahun 1990 Hingga 2026
Berikut merupakan senarai logo Tahun Melawat Malaysia atau Visit Malaysia Year beserta tema dan fokus yang digunakan sejak tahun 1990 hingga yang terkini:
1. Tahun Melawat Malaysia 1990 (Pertama)
- Reka Bentuk: Logo ini menampilkan bangunan ikonik atau mercu tanda terkenal di Kuala Lumpur iaitu Sultan Abdul Samad ketika buat pertama kali kempen ini diperkenalkan.
- Tema: “Fascinating Malaysia. Year of Festivals”
- Fokus: Alam semula jadi dan pelbagai destinasi unik di Malaysia
- Maskot : Orang Utan (Wira)
2. Tahun Melawat Malaysia 1994 (Kedua)
- Reka Bentuk: Masih mengekalkan logo yang sama seperti pada tahun 1990 dan hanya pertukaran sedikit sahaja.
- Tema: “Fascinating Malaysia, Naturally More”
- Fokus: Kepelbagaian budaya dan tradisi Malaysia
- Maskot : Orang Utan (Wira)
3. Tahun Melawat Malaysia 2007 (Ketiga)
- Reka Bentuk: Logo ini menggabungkan bunga raya dengan warna-warni mencerminkan kepelbagaian budaya dan keharmonian rakyat Malaysia.
- Tema: “Celebrating 50 Years of Nationhood”
- Fokus: Sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia.
- Maskot : Orang Utan (Wira)
4. Tahun Melawat Malaysia 2014 (Keempat)
- Reka Bentuk: Logo 2014 lebih bersih, moden, dan agak abstrak dengan menampilkan bintang 14 penjuru serta tagline ikonik “Truly Asia”
- Tema: “Celebrating 1Malaysia Truly Asia”
- Fokus: Memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelbagai budaya.
- Maskot : Proboscis Monkey (Kera Bekantan)
5. Tahun Melawat Malaysia 2020 (Kelima)
- Reka Bentuk: Logo dengan burung enggang badak, bunga raya merah sebagai bunga kebangsaan dan paku pakis liar sebagai simbol keunikan flora dan fauna Malaysia
- Tema: “Visit Truly Asia Malaysia 2020”
- Fokus: Alam semula jadi, ekopelancongan, dan kebudayaan. Walau bagaimanapun, kempen ini terjejas akibat pandemik COVID-19.
- Maskot : Burung Enggang
6. Tahun Melawat Malaysia 2026 (Keenam)
- Reka Bentuk: Logo kali ini menggunakan font ‘Visit Malaysia 2026’ bersama ikon Bunga Raya dan disalut dengan corak batik. Juga bersama taglin ikonik ‘ Truly Asia’
- Tema: (Belum diumumkan secara rasmi)
- Fokus: Menarik 26.1 juta pelancong antarabangsa ke Malaysia.
- Maskot : Beruang Madu (Sun Bear) – Wira & Manja
BACA JUGA : Logo Dan Maskot Tahun Melawat Malaysia 2026 Diperkenalkan
Untuk info lanjut berkaitan Tahun Melawat Malaysia (TMM) atau Visit Malaysia Year (VMY), anda boleh layari laman web rasmi di https://www.tourism.gov.my/
1 thought on “Senarai Logo Tahun Melawat Malaysia Dari Dulu Hingga Sekarang 2025 (Visit Malaysia)”