Agak-agak mana lebih untung untuk tujuan pelaburan, sama ada beli gold bar atau barang kemas?
Pelaburan emas sering dianggap sebagai langkah bijak untuk melindungi nilai kekayaan. Namun, ramai yang keliru sama ada lebih baik membeli gold bar (jongkong emas) atau barang kemas untuk tujuan pelaburan.
Disini akan membincangkan kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis pelaburan emas ini, dan mana yang lebih menguntungkan. Jadi lepas ini, anda boleh decide nak beli produk emas yang mana satu.
Gold Bar Atau Barang Kemas. Mana Yang Lebih Untung Untuk Pelaburan?
Berikut adalah perbandingan kedua-duanya :
1. Ketulenan Emas: Gold Bar vs Barang Kemas
Ketulenan emas memainkan peranan penting dalam menentukan nilai pelaburan anda.
- Gold Bar: Gold bar seperti yang ditawarkan di beberapa syarikat penjual emas biasanya mempunyai ketulenan emas yang sangat tinggi, iaitu 99.99% (24 karat). Ini bermakna anda akan dapat emas tulen, dan harganya lebih stabil dan mengikut harga pasaran. Tanpa kos rekaan, anda hanya membayar untuk emas itu sendiri.
- Barang Kemas: Sebaliknya, barang kemas seperti rantai atau gelang emas mungkin mempunyai ketulenan yang lebih rendah, contohnya 916 (22 karat) atau 750 (18 karat). Kandungan emas dalam barang kemas adalah lebih rendah, menyebabkan ia kurang bernilai berbanding jongkong emas yang tulen.

Dari segi ketulenan, gold bar (jongkong emas) jelas lebih menguntungkan untuk pelaburan kerana kandungan emasnya lebih tinggi dan nilainya lebih stabil.
Salah satu penyedia di pasaran Malaysia patuh syariah yang menjual gold bar adalah Public Gold. Anda boleh dapatkan jongkong emas atau emas digital. Daftar DISINI dan boleh terus buat pembelian seperti biasa.
2. Harga Jualan: Mana Lebih Murah Untuk Dibeli?
Satu lagi aspek penting dalam pelaburan emas ialah harga jualan. Harga emas tidak hanya berdasarkan kandungan emas semata-mata tetapi juga faktor lain.
- Gold Bar: Seperti contoh, jika anda membeli gold bar dari Public Gold, anda akan mendapati harganya lebih rendah per gram berbanding barang kemas. Ini kerana gold bar tidak mempunyai kos upah rekaan dan pembuatan. Anda hanya membayar nilai sebenar emas tersebut.
- Barang Kemas: Barang kemas, di sisi lain, datang dengan kos tambahan seperti kos rekaan dan upah tukang emas. Kos ini tidak dikira semasa anda ingin menjual semula barang kemas, menjadikannya lebih mahal berbanding harga emas dunia untuk dibeli tetapi kurang menguntungkan apabila dijual semula.
Untuk pelaburan jangka panjang, gold bar lebih menguntungkan kerana harganya lebih rendah dan tidak melibatkan kos upah yang tinggi.
3. Spread Harga: Berapa Cepat Anda Boleh Untung?
Satu lagi faktor penting yang perlu dipertimbangkan ialah spread iaitu perbezaan harga beli dan harga jual balik. Spread lebih rendah bermaksud anda boleh memperoleh keuntungan dengan lebih cepat kerana perbezaan antara harga beli dan jual tidak terlalu besar.
- Gold Bar: Spread bagi gold bar biasanya lebih rendah. Sebagai contoh, perbezaan harga beli dan harga jual balik untuk jongkong emas biasanya kecil, membolehkan anda menjualnya pada harga yang hampir dengan harga pasaran semasa.
- Barang Kemas: Sebaliknya, spread untuk barang kemas lebih besar. Ini kerana apabila anda menjual semula barang kemas, kedai emas biasanya hanya mengambil kira kandungan emas sahaja dan tidak mengambil kira kos upah atau rekaan. Ini menyebabkan anda kehilangan lebih banyak nilai apabila menjual barang kemas.
Jika tujuan utama anda adalah pelaburan, gold bar jelas menawarkan spread yang lebih rendah dan peluang untuk mendapat keuntungan yang lebih cepat.
4. Simpanan: Mana Lebih Mudah?
Aspek penyimpanan juga perlu diambil kira dalam pelaburan emas.
- Gold Bar: Jika anda membeli gold bar, biasanya ia mudah disimpan dan tidak memerlukan ruang yang besar. Anda juga boleh menyimpan emas anda di dalam akaun emas, yang lebih selamat dan mudah diurus.
- Barang Kemas: Barang kemas lebih sukar untuk disimpan kerana ia boleh rosak jika tidak disimpan dengan betul. Barang kemas juga lebih berisiko hilang atau dicuri, terutamanya jika anda memakainya secara kerap.
Dari segi penyimpanan, gold bar lebih praktikal dan selamat untuk dijadikan pelaburan jangka panjang.
5. Fungsi: Pelaburan atau Gaya?
Jika anda mahukan sesuatu yang boleh digunakan dan pada masa yang sama bertindak sebagai pelaburan, barang kemas mungkin sesuai untuk anda.
- Gold Bar: Gold bar semata-mata adalah untuk tujuan pelaburan. Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, seperti barang kemas.
- Barang Kemas: Barang kemas memberi anda nilai tambah kerana ia boleh dipakai sebagai aksesori. Walaupun ia mungkin tidak begitu menguntungkan dari segi pelaburan, ia tetap mempunyai nilai sentimental dan estetik.
Jika anda mencari sesuatu yang boleh digunakan dan bukan sekadar pelaburan, barang kemas mungkin pilihan yang lebih baik.

Jadi Beli Gold Bar Atau Barang Kemas. Mana Lebih Untung?
Secara keseluruhannya, jika anda fokus kepada pelaburan semata-mata, gold bar dari jenam adalah pilihan yang lebih menguntungkan. Ia mempunyai ketulenan yang lebih tinggi, harga yang lebih rendah per gram, spread yang kecil, dan lebih mudah untuk disimpan.
Sebaliknya, barang kemas lebih sesuai jika anda mahukan sesuatu yang boleh digunakan sambil mengekalkan sedikit nilai pelaburan. Jadi, jika anda benar-benar serius tentang pelaburan emas, pertimbangkan untuk membeli gold bar.