Nak mula simpan emas tapi tak tahu kat mana nak mula? Jangan risau, dengan akaun MIGA-i dari Maybank, korang boleh mula serendah RM10 je. Jadi anda boleh mula simpan aset dengan bajet minima.
Akaun MIGA-i atau dikenali juga dengan Maybank Islamic Gold Account-i ni merupakan akaun pelaburan emas bersandarkan emas fizikal dan patuh syariah. Sesuai sangat untuk yang baru nak belajar simpan emas ataupun yang dah lama cari platform selamat dan dipercayai.
BACA JUGA : Gold Bar atau Barang Kemas Pelaburan Emas Paling Untung?
Kalau korang tengah cari cara nak lindungi nilai duit dari inflasi atau nak diversify simpanan, MIGA-i memang pilihan yang berbaloi. Dalam panduan ni, kita akan tengok langkah-langkah atau cara daftar MIGA-i, kelebihan akaun ni, dan tips untuk mula simpan emas secara konsisten.
Kelebihan Akaun Emas MIGA-i Daripada Maybank
Perkara penting untuk mula melabur dalam emas adalah, adakah Miga-i Maybank ini patuh syariah? Ya, MIGA-i merupakan akaun patuh Shariah dan bersandarkan emas fizikal. Ini bermakna, anda beli emas, dapat emas fizikal.
Selain itu, terdapat juga, pelbagai kelebihan yang disediakan oleh Maybank menerusi akaun Emas ini iaitu :
- Pelaburan Selamat – Melabur dalam emas dengan ketulenan 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA)
- Mampu Milik – Pelaburan pertama serendah RM10 untuk setiap transaksi
- Harga Kompetitif – Perbezaan harga yang rendah dan harga pasaran masa nyata untuk membeli dan menjual emas.
- Penebusan Emas Fizikal – Anda mempunyai pilihan untuk menebus baki emas dalam akaun MIGA-i bagi mendapatkan emas fizikal dengan denominasi 1 gram sehingga 1,000 gram.
- Untung Dengan Mudah – Terima notifikasi apabila anda telah mencapai minimum 10% keuntungan & gunakan pesanan masa depan untuk membeli dan menjual emas secara automatik pada harga yang anda tentukan.
- Mudah – Anda boleh membuka akaun, membeli, menjual dan memindahkan emas secara dalam talian melalui Maybank2u.
Jadi anda rasa berminat untuk mula melabur dan simpan emas di Miga-i Maybank. Jom mula mendaftar. Tapi sebelum itu, anda perlu penuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mendaftar
Syarat Untuk Daftar Miga-i Maybank
Syarat utama untuk buka akaun Miga-i Maybank adalah anda wajib mempunyai akaun Maybank sama ada Akaun Individu, Akaun Amanah, Akaun Bersama atau Pemilikan Tunggal.
Cara Daftar Akaun MIGA-i Maybank
Terdapat 2 cara untuk anda buka akaun MIGA-i Maybank iaitu pergi ke cawangan Maybank atau daftar di laman web Maybank2u. Panduan ini, adalah untuk pendaftaran secara online di https://www.maybank2u.com.my/
1) Login Maybank2u seperti biasa
2) Kemudian pergi pada tab Wealth
3) Cari Maybank Islamic Gold Account i dan klik APPLY NOW

4) Masukkan butiran diri seperti emel, alamat rumah dan sebagainya. Kemudian klik CONFIRM untuk proses pendaftaran seterusnya

5) Anda akan dibawa ke halaman MIGA-i. Untuk melengkapkan pendaftaran akaun Emas, anda perlu beli sedikit emas iaitu serendah RM10.

6) Jika sudah, pendaftaran akaun MIGA-i Maybank anda berjaya dan kini anda boleh mula melabur dan mula simpan emas.
Cara Beli Emas Di MIGA-i Maybank
Untuk anda mula beli emas digital di MIGA-i Maybank, anda boleh ikuti langkah mudah seperti dibawah. urusan ini, anda hanya boleh lakukan di laman web Maybank2u sahaja. Di aplikasi MAE tak boleh!
- Login akaun Maybank2u seperti biasa
- Pergi pada tab Wealth
- Klik pada Maybank Islamic Gold Account-i
- Klik pada butang hijau (Buy Now) atau butang merah (Sell Now)
- Buat pembayaran seperti biasa

Disini akan dipaparkan harga emas semasa. Untuk contoh, ketika artikel ini diterbitkan (5 Mei 2025), harga emas di MIGA-i Maybank adalah RM451.23/g sekiranya anda ingin beli kurang daripada 100g. Jika lebih, harganya lebih murah iaitu 449.48/g.
Disini juga anda boleh jual emas anda tersebut dengan klik pada Sell Now. Juga dipaparkan harga jualan. Jadi anda boleh buat perbandingan harga jual-beli Emas (Spread) untuk akaun MIGA-i.
Harga Beli (RM/g) | Harga Jual (RM/g) | Spread (%) | |
Standard Price (<100g) | 451.23 | 442.09 | 2.07% |
Preferential Price (>100g) | 449.48 | 442.59 | 1.56% |
Cara Semak Harga Emas Di MIGA-i Maybank
Anda boleh semak harga semasa emas Maybank iaitu bagi Kijang Emas, Maybank Gold Investmens Account (MIGA) dan juga Maybank Silver Investment Account DISINI.

Disini akan dipaparkan tarikh, masa, harga beli (per gram) dan harga jual (per gram) bagi kesemua akaun emas seperti diatas. Untuk harga emas akaun MIGA-i, anda boleh rujuk Maybank Gold Investment Account-i. Info lanjut di Maybank2u/MIGA-i
Sumber gambar : aimanabdullah.com