Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa agaknya harga gift Donut di Tiktok bila mereka layan live ‘kerja joget’ Wadidaw di Indonesia yang kini sedang viral sehingga di Malaysia dan Asia Tenggara.
Fenomena ini melibatkan Tiktokers atau content creator yang menari secara langsung di TikTok sambil menerima gift daripada penonton sebagai tanda sokongan. Antara gift yang paling popular adalah Donut.
Jadi jom kita tengok, berapakah sebenarnya harga gift Donut di TikTok. Berapa agaknya mereka yang menari Wadidaw ini dapat bagi 1 unit donut yang diterima tersebut?
Apa Itu Gift TikTok?
Gift di TikTok ialah salah satu bentuk hadiah maya yang boleh dihantar oleh penonton kepada Tiktoker semasa sesi live streaming. Setiap gift mempunyai nilai tertentu; donut, rose, Diamond Ring, Fireworks, Singa, Paus dan banyak lagi.
Sekiranya pencipta kandungan atau owner live tersebut dapat gift, mereka boleh menukarkan hadiah ini menjadi Diamond, yang kemudiannya boleh ditebus menjadi wang tunai.
Berapakah Harga Gift Donut TikTok?
Donut adalah antara gift murah yang sering diberikan, tetapi tetap membawa makna besar buat penerima, terutama apabila diberikan secara berulang kali dalam satu sesi live.
Setiap kali menerima Donut, pencipta kandungan biasanya akan membuat aksi balas seperti berjoget atau memberi penghargaan kepada penyumbang.

Harga gift Donut di TikTok adalah sekitar 30 Coins. Untuk memberikan gambaran lebih jelas, berikut adalah pecahan kos:
- 30 Coins bernilah lebih kurang RM0.40 mengikut kadar semasa pembelian koin
- Jika ditukar ke mata wang Indonesia, harga ini sekitar Rp1,500 bergantung pada kadar tukaran dan harga pembelian koin di platform.
Harga coins juga mungkin sedikit berbeza bergantung pada tempat pembelian. Jika dibeli terus dari aplikasi, harga mungkin lebih mahal kerana caj tambahan dari Apple Store atau Google Play. Sebaliknya, pembelian dari laman web rasmi TikTok biasanya lebih murah.
Walaupun nilainya kecil, jumlah Donut yang diterima boleh mencecah banyak apabila live streaming mendapat sambutan hebat atau view yang tinggi. Inilah sebabnya ramai pencipta kandungan berlumba-lumba menjayakan sesi joget Wadidaw untuk menarik lebih banyak gift dari penonton.
Trend Joget Wadidaw dan Gift Donut
Untuk info, Joget Wadidaw merujuk kepada gaya tarian spontan dan kelakar yang dilakukan selepas menerima hadiah, terutamanya gift Donut atau yang lebih mahal. Ia bermula sebagai hiburan biasa tetapi kini menjadi sumber pendapatan tambahan kepada ramai Tiktokers, terutamanya di Indonesia.
Apabila anda berikan gift tersebut, mereka akan lakukan joget Wadidaw sambil menyebut nama anda sebagai tanda terima kasih. Ianya seperti win-win situation. Anda bagi gift, anda dapat hiburan.
Korang ada layan joget Wadidaw di TikTok?
1 thought on “Harga Gift Donut TikTok Untuk Kerja Joget Wadidaw di Indonesia”