Selepas EURO dan Copa America, kini kita bakal disajikan lagi dengan sukan paling popular di dunia. Anda boleh dapatkan info penuh sukan bola sepak Olimpik Paris 2024 disini serta jadual dan keputusan bagi setiap perlawanan.
Sukan Bola Sepak antara sukan yang disenaraikan dalam edisi Olimpik 2024 kali ini. Untuk sukan ini, terdapat 2 acara yang dipertandingkan bagi merebut pingat emas iaitu bola sepak lelaki dan bola sepak wanita.
Seperti pada edisi-edisi sebelumnya, sukan bola sepak biasanya akan bermula lebih awal daripada tarikh rasmi sebenar. Untuk bola sepak Olimpik Paris 2024, ianya akan bermula dari 24 Julai hingga 10 Ogos 2024.

Untuk rekod, Brazil merupakan pemenang pingat emas untuk edisi 2020 bagi acara lelaki. Diikuti Sepanyol dan Mexico untuk pingat perak dan gangsa. Untuk acara wanita pula, dimenangi oleh Kanada untuk pingat emas. Sweden dan USA untuk pingat perak dan gangsa.
Senarai Pasukan Yang Bertanding Dan Undian Peringkat Kumpulan
Fokus untuk acara lelaki sahaja, sebanyak 16 pasukan yang layak dan bersaing dalam Olimpik Paris kali ini termasuk tuan rumah, Perancis. Tidak seperti kejohanan lain, untuk Olimpik, penyertaan hanya untuk pemain bawah 23-tahun sahaja.
Berikut merupakan senarai pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam acara bola sepak Olimpik 2024 dan undian peringkat kumpulan.
- Group A : Perancis, USA, Guinea, New Zealand
- Group B : Argentina, Morocco, Iraq, Ukrain
- Group C : Uzbekistan, Sepanyol, Mesir, Dominican Republic
- Group D : Jepun, Paraguay, Mali, Israel

Format Pertandingan Bola Sepak Olimpik Paris 2024
Semua pasukan dalam setiap pasukan akan bermula di peringkat kumpulan. Mereka akan bermain secara round-robin satu pusingan. Dua pasukan teratas bagi setiap pasukan layak ke peringkat kalah mati.
Untuk peringkat kalah mati, ianya akan dimainkan bermula di pusingan suku akhir. Pasukan yang menang, akan layak ke pusingan seterusnya hingga ke final bagi penentuan pemenang pingat emas. Juga terdapat perlawanan bagi penentuan pingat gangsa.
Siaran Langsung Acara Sukan Bola Sepak Olimpik 2024 Paris
Sepanjang temasya Olimpik 2024, penonton di Malaysia boleh saksikan kesemua acara yang dipertandingkan di kaca tv. Ianya dibawakan secara langsung kepada anda menerusi Astro, RTM dan Unifi TV.
Astro menyediakan 18 saluran khas sempena Olimpik kali ini. RTM juga menyediakan 6 saluran tambahan disamping TV Okey dan Sukan RTM. Manakala untuk Unifi TV, mereka ada menyediakan sehingga 17 saluran khas untuk semua secara percuma.
Jika anda tidak berkesempatan untuk menyaksikan di kaca tv, anda boleh tonton secara live streaming di aplikasi Sooka, RTM Klik atau Unifi TV. Tak perlu kepada langganan tambahan terutamanya untuk saluran RTM dan Unifi.
Jadual Bola Sepak Olimpik 2024 Dan Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan jadual penuh untuk acara sukan bola sepak Olimpik 2024 Paris bagi acara lelaki beserta keputusan perlawanan yang berlangsung.
*Masa dan tarikh perlawanan adalah mengiktu waktu Malaysia
Peringkat Kumpulan
24 Julai 2024 (Rabu)
- FT : Argentina (1) โ (2) Morocco โ 9.00 pm
- FT : Uzbekistan (1) โ (2) Sepanyol โ 9.00 pm
- FT : Guinea (1) โ (2) New Zeland โ 11.00 pm
- FT : Mesir (0) โ (0) Dominican Republic โ 11.00 pm
25 Julai 2024 (Khamis)
- FT : Iraq (2) โ (1) Ukrain โ 1.00 am
- FT : Jepun (5) โ (0) Paraguay โ 1.00 am
- FT : Perancis (3) โ (0) USA โ 3.00 am
- FT : Mali (1) โ (1) Israel โ 3.00 am
27 Julai 2024 (Sabtu)
- FT : Argentina (3) โ (1) Iraq โ 9.00 pm
- FT : Dominican Republic (1) โ (3) Sepanyol โ 9.00 pm
- FT : Ukrain (2) โ (1) Morocco โ 11.00 pm
- FT : Uzbekistan (0) โ (1) Mesir โ 11.00 pm
28 Julai 2024 (Ahad)
- FT : New Zealand (1) โ (4) USA โ 1.00 am
- FT : Israel (2) โ (4) Paraguay โ 1.00 am
- FT : Perancis (1) โ (0) Guinea โ 3.00 am
- FT : Jepun (1) โ (0) Mali โ 3.00 am
30 Julai 2024 (Selasa)
- FT : Dominican Republic (1) โ (1) Uzbekistan โ 9.00 pm
- FT : Sepanyol (1) โ (2) Mesir โ 9.00 pm
- FT : Ukrain (0) โ (2) Argentina โ 11.00 pm
- FT : Morocco (3) โ (0) Iraq โ 11.00 pm
31 Julai 2024 (Rabu)
- FT : New Zealand (0) โ (3) Perancis โ 1.00 am
- FT : USA (3) โ (0) Guinea โ 1.00 am
- FT : Israel (0) โ (1) Jepun โ 3.00 am
- FT : Paraguay (1) โ (0) Mali โ 3.00 am
Suku Akhir
2 Ogos 2024 (Jumaat)
- FT : Morocco (4) โ (0) USA โ 9.00 pm
- FT : Jepun (0) โ (3) Sepanyol โ 11.00 pm
3 Ogos 2024 (Sabtu)
- AET : Mesir (1) โ (1) Paraguay [Pen: 5-4] โ 1.00 am
- FT : Perancis (1) โ (0) Argentina โ 3.00 am
Separuh Akhir
6 Ogos 2024 (Selasa)
- FT : Morocco (1) โ (2) Sepanyol โ 12.00 am
- AET : Perancis (3) โ (1) Mesir โ 3.00 am
(Pingat Gangsa)
8 Ogos 2024 (Khamis)
- FT : Mesir (0) โ (6) Morocco โ 11.0 pm
- Abde Ezzalzouli 23โฒ
- Bilal El Khannouss51โฒ
- Soufiane Rahimi 26โฒ, 64โฒ
- Akram Nakach 73โฒ
- Achraf Hakimi 87โฒ
Final (Pingat Emas)
10 Ogos 2024 (Sabtu)
- Perancis vs Sepanyol โ 12.00 am
sumber : football olympics
SENARAI PEMENANG PINGAT
- Emas โ
- Perak โ
- Gangsa โ Morroco