Jadual Final Terjun 3m Papan Anjal: Siaran Langsung Nur Dhabitah Di Sukan Olimpik Paris 2024

By aiman

Updated on:

acara final papan anjal 30m wanita olimpik paris 2024

Seorang lagi wakil negara akan bersaing bagi merebut pingat iaitu menerusi sukan Terjun dalam acara 3m Papan Anjal yang mana Nur Dhabitah Sabri berjaya melayakkan diri ke final bagi penentuan pingat.

Secara amnya, sukan Terjun telah bermula daripada 27 Julai yang lalu dan akan berakhir pada hari terakhir temasya iaitu 11 Ogos 2024. Akan tetapi wakil tunggal wanita negara, Nur Dhabitah hanya bermula pada 7 Ogos hingga 9 Ogos sahaja.

BACA JUGA : Jadual Atlet Malaysia Di Olimpik Paris 2024

Pada edisi Olimpik Paris 2024 kali ini, terdapat 2 wakil negara untuk sukan Terjun. Nur Dhabitah bagi acara 3m Papan Anjal Wanita dan Bertrand Rhodict bagi acara 10m Platfom Lelaki.

Advertisements

Nur Dhabitah Layak Ke Final Dalam Terjun 3m Papan Anjal Wanita

Pada awalnya, Nur Dhabitah bersaing untuk pusingan kelayakan pada 7 Ogos yang lalu. Dalam aksi tersebut, beliau berada di tempat ke-12 dengan catatan 283.65 dan sekali gus layak ke separuh akhir.

Untuk pusingan separuh akhir, hanya 12 peserta sahaja yang akan mara ke peringkat akhir. Nur Dhabitah berjaya mengharungi cabaran yang berlangsung pada 8 Ogos itu dengan baik apabila berada di kedudukan ke-8 terbaik dengan catatan 286.95.

Dengan kedudukan tersebut, beliau kini akan beraksi di peringkat final bersama 11 lagi atlet lain yang pastinya lebih hebat dan mencabar. Peserta yang berada di kedudukan teratas, terus layak dikalungkan medal.

Siaran Langsung Aksi Terjun 3m Papan Anjal Daripada Nur Dhabitah [Live Streaming]

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Nur Dhabitah bagi pusingan final dalam acara Terjun 3m Papan Anjal nanti yang akan dibawakan terus ke kaca tv anda. Jadi boleh saksikan di rumah bersama keluarga.

Seperti pada aksi-aksi sukan sebelum ini, ianya akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 atau di saluran RTM iaitu di TV Okey yang mana anda boleh saksikan secara percuma.

Manakala untuk tontonan secara live streaming, anda boleh menggunakan aplikasi Sooka, RTM Klik atau di aplikasi Unifi TV. Juga tersedia untuk tontonan ramai secara percuma.

Jadual & Keputusan Aksi Terjun 3m Papan Anjal

Aksi sukan Terjun bagi acara 3m Papan Anjal Wanita akan diadakan pada 9 Ogos 2024, bermula pada pukul 9.00 malam mengikut waktu Malaysia. Aksi terjunan adalah secara bergilir-gilir yang melibatkan 12 atlet kesemuanya.

Advertisements

Keputusan bagi setiap disiplin yang dilakukan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga ke terjunan yang terakhir. Nur Dhabitah merupakan penerjun ke-5.

9 Ogos 2024 (Jumaat) – Bermula pada jam 9.00 malam

PeneranganPosisiDarjah KesukaranMata
Inward 2 1/2 SomersaultsPike3.063.00
Forward 2 1/2 Somersaults 1 TwistPike3.060.00
Back 2 1/2 SomersaultsPike3.037.50
Reverse 2 1/2 SomersaultsPike3.028.50
Forward 3 1/2 SomersaultsPike3.0155.80

Keputusan Penuh : Nur Dhabitah menamatkan saingan di tempat ke-12 (terakhir) dengan jumlah mata 244.80

Boleh rujuk keputusan penuh bagi atlet lain juga disini. Semoga Malaysia membawa kilaun pingat untuk acara ini nanti. Selamat maju jaya Nur Dhabitah Sabri

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment