Selesai sukan badminton, misi memburu emas negara pertama diteruskan lagi dan kali ini menerusi sukan Berbasikal Trek (Track Cycling) yang menjadi antara sukan target gold medal untuk Olimpik Paris 2024.
Daripada sukan ini, pastinya tumpuan diberi kepada 3 atlet negara yang layak dan mengambil bahagian iaitu Dato’ Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom dan seorang atlet wanita iaitu Nurul Izzah Izzati.
Secara keseluruhan, sukan Berbasikal Trek akan berlangsung selama 7 hari iaitu bermula dari 5 hingga 11 Ogos 2024 iaitu hari terakhir temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Akan tetapi penglibatan untuk atlet negara hanya bermula dari 7 Ogos hingga 11 Ogos 2024.
Sukan Berbasikal Trek menawarkan 10 pingat emas menerusi 6 acara untuk atlet lelaki dan 4 acara untuk atlet wanita. Antara acara tersebut adalah :
- Pecut Berpasukan Lelaki
- Pecut Lelaki
- Keirin Lelaki
- Kejar Mengejar Berpasukan Lelaki
- Omnium Lelaki
- Madison Lelaki
- Pecut Berpasukan Wanita
- Pecut Wanita
- Keirin Wanita
- Kejar Mengejar Berbasukan Wanita
Daripada kesemua sepuluh acara ini, Malaysia akan sertai 4 acara iaitu iaitu Keirin Lelaki dan Wanita serta Pecut Lelaki dan Wanita.
Atlet Malaysia Untuk Sukan Berbasikal Trek Di Olimpik Paris 2024
Dalam sukan Berbasikal Trek, 3 atlet negara yang akan menggalas tanggungjawab, bersaing dengan tujuan dan visi yang sama iaitu bagi merialisasikan kilaun emas yang pertama di pentas Olimpik.
- Dato Azizulhasni Awang akan menyertai 2 acara iaitu Pecut Lelaki dan Keirin Lelaki
- Shah Firdaus Sahrom akan sertai 2 acara iaitu Pecut Lelaki dan Keirin Lelaki
- Nurul Izzah Izzati akan sertai 2 acara iaitu Pecut Wanita dan Keirin Wanita
Azizulhasni yang juga digelar sebagai The Pocket Rocket Man merupakan antara prospek utama bagi memburu pingat emas. Ini merupakan penyertaan kali kelima dan terakhir beliau di sukan Olimpik dan telahpun meraih pingat gangsa dan perak setakat ini.
Shah Firdaus Sahrom pula merupakan penyertaan kali kedua di pentas Olimpik selepas Tokyo 2020. Untuk Nurul Izzah Izzati yang juga digelar The Pocket Rocket Women, juga merupakan penyertaan kali pertama di pentas besar seperti Olimpik ini.
Siaran Langsung Acara Trek Berbasikal Dan Live Streaming
Tumpuan kini semua terarah kepada sukan yang berpotensi menghadiahkan kilauan pingat dalam temasya kali ini. Jadi pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk saksikan sendiri dihadapan kaca tv serta merasai debaran seperti sukan badminton sebelum ini.
Jadi seperti biasa seperti sukan-sukan sebelumnya yang disertai oleh kontinjen Malaysia, apabila ianya akan disiarkan secara langsung. Anda boleh saksikan menerusi Astro Arena 801, TV Okey di RTM sertai di saluran Unifi TV.
Untuk tontonan secara live streaming, anda boleh menggunakan platform Sooka, RTM Klik atau di laman https://paris2024.rtm.gov.my/ serta aplikasi Unifi TV. Semuan disediakan secara percuma untuk anda.
Jadual Acara Berbasikal Trek Di Olimpik Paris 2024
Meskipun sukan Cycling Track telah bermula sejak 5 Ogos, atlet negara hanya akan mula beraksi pada 7 Ogos 2024 (Rabu) sehingga hari terakhir, 11 Ogos 2024 (Ahad). Berikut merupakan jadual penuh Berbasikal Trek melibatkan atlet Malaysia.
*Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Segala tarik dan masa adalah mengikut waktu Malaysia (MYT)
7 Ogos 2024 (Rabu)
PECUT LELAKI |
Dato’ Azizulhasni Awang & Shah Firdaus Sahrom
- 6.45 pm (Kelayakan)
- 8.30 pm (Saingan 1/32)
- 9.30 pm (Repecharges 1/32)
- 11.30 pm (Saingan 1/16)
8 Ogos 2024 (Khamis)
PECUT LELAKI |
Dato’ Azizulhasni Awang & Shah Firdaus Sahrom
- 12.42 am (Repecharges 1/16)
- 1.38 am (Saingan 1/8)
- 2.14 am (Repecharges 1/8)
KEIRIN WANITA |
Nurul Izzah Izzati
- 7.16 pm (Pusingan 1)
- 9.10 pm (Repecharges)
9 Ogos 2024 (Jumaat)
PECUT WANITA |
Nurul Izzah Izzati
- Pusingan Kelayakan – 8.00 pm
- Pusingan 1/32 – 8.48 pm
- Repecharges – 1/32 – 9.38 pm
10 Ogos 2024 (Sabtu)
PECUT WANITA |
Nurul Izzah Izzati
- Pusingan 1/16 – 12.10 am
- Repecharges – 1/16 – 12.58 am
KEIRIN LELAKI |
Dato’ Azizulhasni Awang & Shah Firdaus Sahrom
- 11.00 pm
11 Ogos 2024 (Ahad)
FINAL KEIRIN LELAKI |
Shah Firdaus Sahrom
- 5.00 pm – Suku Akhir (Heat 1)
- 6.29 pm – Separuh Akhir (jika layak)
- 7.23 pm – Tempat Ke-7 hingga ke-12 (jika layak)
- 7.32 pm – Final (jika layak)
Untuk dapatkan jadual dan keputusan penuh yang melibatkan acara dan atlet lain, anda boleh rujuk laman web rasmi Olimpik Paris 2024 disini.