Jadual Badminton Olimpik Paris 2024 Malaysia Dan Keputusan Perlawanan

By aiman

Updated on:

jadual badminton olimpik paris 2024

Antara sukan yang penting untuk kontinjen Malaysia adalah Badminton Olimpik Paris 2024. Menjadi sandaran utama untuk negara membawa kilauan pingat emas yang pertama dalam edisi olimpik kali ini.

Sukan Badminton bagi secara keseluruhan akan berlangsung dari 27 Julai hingga 5 Ogos 2024 dimana kesemua akan dimainkan di Arena Porte de La Chapella iaitu di bandar Paris, Perancis.

Seperti pada edisi-edisi lalu juga, sebanyak 5 pingat emas dipertaruhkan untuk badminton Olimpik Paris iaitu melibatkan 5 acara; perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Untuk info, badminton menjadi sukan yang paling banyak menyumbang pingat untuk negara iaitu sebanyak 9 pingat, terdiri daripada 6 perak dan 3 gangsa. Pingat pertama yang diperoleh juga menerusi sukan Badminton pada edisi 1992.

Pada Olimpik Tokyo 2020, Malaysia telah membawa 1 pingat gangsa untuk sukan Badminton daripada acara beregu lelaki yang disumbangkan oleh gandingan Aaron Chia dan Soh Woo Yik.

Sandaran kini juga untuk skuad badminton negara. Kelima-lima acara tersebut, kita mempunyai wakil untuk misi pingat emas pertama. Adakah kali ini mereka mampu untuk mencipta sesuatu dan bawa balik pulang pingat tersebut?

Senarai Pemain Negara Dalam Sukan Badminton Olimpik Paris 2024

Berikut merupakan senarai pemain negara yang akan menggalas cabaran dalam sukan Badminton di Olimpik Paris 2024 bagi semua acara yang dipertandingkan:

Advertisements
  • Perseorangan Lelaki : Lee Zii Jia
  • Perseorangan Wanita : Goh Jin Wei
  • Beregu Lelaki : Aaron Chia/Soh Wooi Yik
  • Beregu Wanita : Pearly Tan/Thinaah Muralitharan
  • Beregu Campuran : Chen Tang Jie/Toh Ee Wei

Format Pertandingan

Kesemua acara akan bermula di peringkat kumpulan. Juara bagi acara perseorangan lelaki dan wanita sahaja yang layak ke peringkat kalah mati. Manakala juara dan naib juara bagi acara beregu lelaki, wanita dan campuran.

BACA JUGA : Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Sukan Badminton Olimpik Paris 2024

Peringkat kalah mati akan bermula di pusingan suku akhir. Kemudian diikuti pusingan separuh akhir dan final. Pemain yang menang di semi final akan berentap di final bagi merebut pingat emas dan perak. Manakala pemain yang tewas, akan merebut pingat gangsa.

Siaran Langsung Sukan Badminton Olimpik Paris 2024

Senaman jantung kini bermula untuk peringkat paling tinggi. Ianya pula hanya berlaku 4 tahun sekali sahaja. Pastinya ramai tidak sabar-sabar untuk menantikan aksi pemain badminton negara dalam temasya Olimpik kali ini.

Anda boleh saksikan aksi badminton di kaca tv yang mana akan disiarkan secara langsung menerusi Astro, RTM dan Unifi TV. Untuk tontonan live streaming, boleh menggunakan Sooka, RTM Klik atau aplikasi Unifi TV secara percuma

Jadual Sukan Badminton Olimpik Paris 2024

Berikut merupakan jadual untuk sukan badminton di temasya Olimpik Paris 2024. Manakala keputusan perlawanan juga akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan. Ianya hanya fokus untuk kontinjen Malaysia sahaja

*Masa dan tarikh dipaparkan adalah mengikut waktu Malaysia

Peringkat Kumpulan

27 Julai 2024 (Sabtu – Mula 2.30 Petang)

[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS)2321
Hee Yong Kai Terry/Tan Wei Han Jessica (SGP)2112
[WD] Beregu Wanita Set 1Set 2Set 3
Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN)2122
Tan Pearly/Thinaah M (MAS)1720
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS)192121
Ben Lane/Sean Vendy (GBR)211611

28 Julai 2024 (Ahad – Mula 2.30 Petang)

[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
M Matsumoto/W Nagahara (JPN)211516
Tan Pearly/Thinaah M (MAS)182121
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS)2121
Adam Dong/Nyl Yakura (CAN)1015
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Lee Zii Jia [7] (MAS)2121
Viren Nettasinghe (SRI)1412
[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS)2124
Vinson Chiu/Jennie Gai (USA)1522

29 Julai 2024 (Isnin – Mula 2.30 Petang)

[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping (CHN)211516
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS)172121
[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
Goh Jin Wei (MAS)2321
Johanita Scholtz (RSA)2111

30 Julai 2024 (Selasa – Mula 1.30 Pagi)

[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN)2421
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS)2214
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Apriyani Rahayu/Siti F S Ramadhanti (INA)189
Pearly Tan/Thinaah M (MAS)2121

31 Julai 2024 (Rabu – Mula 2.30 Petang)

[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
Kim Ga Eun (KOR)212023
Goh Jin Wei (MAS)172221
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Lee Zii Jia (MAS)2121
Pablo Abian (ESP)1013

Pusingan 16

1 Ogos 2024 (Khamis – Mula 7.00 pm)

[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Lee Zii Jia (MAS)2124
Toma Junior Popov (FRA)1322

Suku Akhir

1 Ogos 2024 (Khamis – Mula 1.30 Pagi)

[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Kim Won Ho/Jeong Na Eun (KOR)2121
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS)1914
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Kim So Yeong/Kong Hee Yong (KOR)1213
Pearly Tan/Thinaah M (MAS)2121
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
S Rankireddy (3)/C Shetty (IND)211416
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS)132121

2 Ogos 2024 (Jumaat – Mula 9.00 Malam)

[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Anders Antonsen (DEN)1715
Lee Zii Jia (MAS)2121

Separuh Akhir

2 Ogos 2024 (Jumaat – Mula 2.30 Petang)

Advertisements
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN)211821
Pearly Tan/Thinaah M (MAS)122115
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN)211521
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS)192117

4 Ogos 2024 (Ahad – Mula 2.30 Petang)

[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Kunlavut Vitidsarn (THA)2121
Lee Zii Jia (MAS)1415

Penentuan Pingat Gangsa

3 Ogos 2024 (Sabtu – Mula 9.00 Malam)

[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Pearly Tan/Thinaah M (MAS)1111
N Matsuyama [4]/C Shida (JPN)2121

4 Ogos 2024 (Ahad – Mula 9.00 Malam)

[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS)162221
Kim Astrup [2]/A Rasmussen (DEN)212019

5 Ogos 2024 (Isnin – Mula 8.30 Malam)

[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Lee Zii Jia [7] (MAS)132121
Lakshya Sen (IND)211611

Final – Pingat Emas

2 Ogos 2024 (Jumaat – Mula 9.00 Malam)

[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Zheng Si Wei [1]/Huan Ya Qiong (CHN)2121
Kim Won Ho/Jeong Na Eun (KOR)811

3 Ogos 2024 (Sabtu – Mula 9.00 Malam)

[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN)2221
Liu Sheng Shu [3]/Tan Ning (CHN)2015

4 Ogos 2024 (Ahad – Mula 9.00 Malam)

[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN)172118
Lee Yang/Wang Chi Lin (TPE)211821

5 Ogos 2024 (Isnin – Mula 3.45 Petang)

[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
An Se Young (KOR)2121
He Bing Jiao (CHN)1316
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Kunlavut Vitidsarn (THA)1111
Viktor Axelsen [2] (DEN)2121

Senarai Pemenang Pingat

AcaraEmasPerakGangsa
Perseorangan LelakiViktor Axelsen (DEN)Kunlavut Vitidsarn (THA)Lee Zii Jia [7] (MAS)
Perseorangan WanitaAn Se Young (KOR)He Bing Jiao (CHN)Gregoria Mariska Tunjung [3] (INA)
Beregu LelakiLee Yang/Wang Chi Lin (TPE)Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN)Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS)
Beregu WanitaChen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN)Liu Sheng Shu [3]/Tan Ning (CHN)N Matsuyama [4]/C Shida (JPN)
Beregu CampuranZheng Si Wei [1]/Huan Ya Qiong (CHN)Kim Won Ho/Jeong Na Eun (KOR)Y Watanabe/A Higashino (JPN)

Untuk dapatkan jadual dan keputusan bagi lain-lain perlawanan untuk sukan badminton Olimpik Paris 2024, anda boleh layari laman web https://olympics.com/badminton

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment