Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Badminton Olimpik Paris 2024

By aiman

Published on:

undian peringkat kumpulan badminton olimpik 2024

Pada 15 Julai yang lalu, secara rasminya telah diadakan undian peringkat kumpulan badminton Olimpik Paris 2024 bagi semua lima kategori yang dipertandingkan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Seperti pada edisi-edisi Olimpik yang lalu juga, untuk sukan badminton akan dipertaruhkan 5 pingat emas iaitu dalam lima acara atau kategori; perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki, wanita dan campuran.

Seperti yang telah ditetapkan, sukan Badminton dalam temasya Olimpik Paris 2024 akan berlangsung dari 27 Julai hingga 5 Ogos 2024 bertempat di Arena Porte de La Chapella di Paris, Perancis.

Advertisements

Untuk edisi kali ini, seramai 172 atlet daripada 49 negara yang layak dan mengambil bahagian. Setiap negara hanya dibenarkan untuk menghantar seramai lapan atlet sahaja bagi kesemua acara yang dipertandingkan.

BACA JUGA : Senarai Atlet Malaysia Ke Olimpik 2024 Paris

Untuk rekod, berikut merupakan senarai pemenang pingat emas bagi sukan Badminton dalam lima acara yang dipertandingkan pada edisi Olimpik Tokyo 2020:

  • Perseorangan Lelaki : Viktor Axelsen (Denmark)
  • Perseorangan Wanita : Chen Yu Fei (China)
  • Beregu Lelaki : Lee Yang/Wang Chi Lin (Chinese Taipei)
  • Beregu Wanita : Greysia Polii/Aprina Rahayu (Indonesia)
  • Beregu Campuran : Wang Yil Yu/Huang Dong Ping (China)

*Dalam edisi tersebut, Aaron Chia/Soh Wooi Yik berjaya memenangi pingat gangsa bagi acara Beregu Lelaki.

Senarai Atlet Malaysia Dalam Sukan Badminton Di Olimpik Paris 2024

Sekali lagi, badminton menjadi antara sukan yang paling banyak menghantar atlet untuk kontinjen Malaysia iaitu sebanyak 8 pemain. Setiap acara, ada wakil negara yang menggalas cabaran untuk mengejar kilauan emas.

  • Perseorangan Lelaki : Lee Zii Jia
  • Perseorangan Wanita : Goh Jin Wei
  • Beregu Lelaki : Aaron Chia/Soh Wooi Yik
  • Beregu Wanita : Pearly Tan/Thinaah Muralitharan
  • Beregu Campuran : Chen Tang Jie/Toh Ee Wei

Format Pertandingan

Kesemua lima acara bagi sukan badminton akan bermula daripada peringkat kumpulan. Bagi acara perseorangan lelaki dan wanita dibahagikan kepada 16 kumpulan yang terdiri daripada 3 pemain pada setiapnya.

Advertisements

Manakala untuk acara beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada empat pemain bagi setiap daripadanya.

Untuk acara perseorangan, hanya juara kumpulan yang akan layak ke peringkat kalah mati. Manakala, untuk acara regu, juara dan naib juara akan mara ke peringkat seterusnya.

Untuk peringkat kalah mati, undian sekali lagi akan dibuat bagi menentukan pihak lawan seterusnya. Jadi apabila selesai kesemua perlawanan, maka akan ada cabutan undian yang akan dibuat.

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Badminton Olimpik Paris 2024

Berikut merupakan keputusan undian peringkat kumpulan Badminton Olimpik Paris 2024 bagi semua acara yang dipertandingkan termasuk melibatkan pemain-pemain Malaysia.

Perseorangan Lelaki

undian peringkat kumpulan badminton olimpik 2024 perseorangan lelaki

Perseorangan Wanita

undian peringkat kumpulan perseorangan wanita badminton olimpik 2024

Beregu Lelaki

beregu lelaki peringkat kumpulan badminton olimpik paris

Beregu Wanita

peringkat kumpulan badminton olimpik paris beregu wanita

Beregu Campuran

beregu campuran undian peringkat kumpulan badminton olimpik 2024

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Badminton Olimpik Paris 2024”

Leave a Comment