Berita baik untuk semua rakyat Malaysia dimana anda boleh tonton saksikan Sukan Olimpik Paris 2024 di Unifi TV secara percuma. Terbuka kepada semua, meskipun anda bukan pengguna internet Unifi di rumah.
Seperti yang diumumkan, tayangan Olimpik Paris melalui saluran Unifi TV akan bermula daripada 24 Julai hingga 12 Ogos 2024. Saluran komplimentari ini adalah melibatkan 17 saluran secara HD.
Anda boleh saksikan semua 32 sukan dengan melibatkan 329 acara iaitu menerusi saluran Unifi Sports 2 – 18 (CH 702 – 728). Kesemua ini anda boleh akses secara percuma tanpa perlu langganan.
Dengan itu, sepanjang kejohanan berlangsung, anda tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan secara langsung aksi-aksi 26 atlet Malaysia yang akan beraksi dalam setiap sukan yang disertai nanti.
BACA JUGA : Jadual Penuh Sukan Olimpik Paris 2024
Senarai Saluran Khas Unifi TV Bagi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara saluran yang disediakan adalah seperti berikut:
Saluran | No. Channel |
Unifi Sports 2 | CH 712 |
Unifi Sports 3 | CH 713 |
Unifi Sports 4 | CH 714 |
Unifi Sports 5 | CH 715 |
Unifi Sports 6 | CH 716 |
Unifi Sports 7 | CH 717 |
Unifi Sports 8 | CH 718 |
Unifi Sports 9 | CH 719 |
Unifi Sports 10 | CH 720 |
Unifi Sports 11 | CH 721 |
Unifi Sports 12 | CH 722 |
Unifi Sports 13 | CH 723 |
Unifi Sports 14 | CH 724 |
Unifi Sports 15 | CH 725 |
Unifi Sports 16 | CH 726 |
Unifi Sports 17 | CH 727 |
Unifi Sports 18 | CH 728 |
Cara Tonton Sukan Olimpik Paris 2024 Di Unifi TV
Terdapat 3 cara untuk anda menyaksikan Sukan Olimpik Paris 2024 iaitu menggunakan aplikasi, tv box atau laman web :
1. Aplikasi Unifi TV
Untuk bukan pengguna Unifi, anda boleh menggunakan aplikasi Unifi TV secara percuma dengan cara :
- Download aplikasi Unifi TV di Play Store, App Store atau App Gallery
- Register terlebih dahulu menggunakan emel
- Jika sudah, login seperti biasa
- Buka aplikasi > Channels > Paris 2024 > pilih sahaja mana-mana saluran yang anda ingin saksikan
2. Unifi TV Box
Untuk pilihan ini, khusus untuk pelanggan Unifi sahaja. Anda hanya sambungkan tv box pada tv menggunakan kabel HDMI dan internet Unifi anda. Pada bahagian Channels, pilih sahaja mana-mana saluran Olimpik Paris 2024
3. Unifi TV Web Player
Pergi ke laman web Unifi di SINI. Jika anda tiada akaun, boleh Sign Up terlebih dahulu. Jika sudah, boleh login seperti biasa. Kemudian pilih sahaja mana-man saluran Olimpik Paris 2024 untuk anda tonton secara percuma.
Untuk info lanjut, anda boleh layari laman web rasmi di https://unifi.com.my/paris-2024
2 thoughts on “Cara Tonton Olimpik Paris 2024 Di Unifi TV Secara Percuma”