Siaran Langsung Live Streaming Upacara Pembukaan Olimpik Paris 2024 Di Astro, RTM, Unifi TV

By aiman

Updated on:

siaran langsun upacara pemukaan olimpik paris 2024

Akhirnya kita bakal dapat saksikan sekali lagi detik bersejarah menerusi upacara pembukaan Olimpik Paris 2024 dimana sebuah kejohanan sukan terbesar dunia akan diumumkan secara rasmi diharapan ribuan penonton.

Upacara Pembukaan Olimpik Paris 2024 atau Opening Ceremony akan berlangsung dengan gilang gemilang pada 27 Julai 2024, hari Sabtu bermula dari pukul 1.00 hingga 5.00 pagi waktu Malaysia.

Upaca pembukaan ini akan diadakan di Jardins du Trocadero dan Sungai Seine yang mana dihadiri oleh ribuan penonton. Yang pastinya acara perarakan atlet bagi setiap negeri yang bertanding paling ditunggu-tunggu.

Advertisements

Siaran Langsung Upacara Pembukaan Olimpik Paris 2023 – Live Streaming

Jadi jangan terlepas untuk saksikan detik bersejarah ini nanti menerusi upacara pembukaan Olimpik Paris 2024 yang turut akan ditayangkan di kaca tv samada di Astro, RTM dan Unifi TV.

Untuk di Astro, anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 atau Astro OLY 780. Untuk tonton live streaming pula boleh saksikan di Astro Go dan Sooka.

BACA JUGA :

Bagi yang tiada Astro, boleh saksikan di Unifi TV 712 dan 723 yang mana ianya disiarkan secara percuma termasuk untuk bukan pelanggan. Boleh juga live streaming di aplikasi Unifi TV.

RTM juga turut akan menyiarkan opening ceremony ini yang mana akan ditayangkan di TV Okey dan Sukan RTM. Untuk tonton live streaming, seperti biasa boleh strim di RTM Klik atau https://paris2024.rtm.gov.my/utama secara percuma.

Pakaian Yang Diperagakan Oleh Kontinjen Malaysia Pada Majlis Perasmian Dan Pembukaan Olimpik Paris 2024

Para kontinjen Malaysia akan menggayakan baju kurung songket dengan kelubang untuk atlet wanita dan berbaju Melayu Teluk Belanga untuk atlet lelaki.

Advertisements

Pakaian rasmi kontinjen negara yang diberi nama ‘The Malaya’ ini mendapat sentuhan pereka duo, Rizman Ruzaini yang mana membawa tema ‘manis dan sopan.

Selain itu, koleksi The Malaya yang berwarna hijau zaitun ini tanda dedikasi dan aspirasi buat perwira negara seperti Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yamtuan Antah, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan Tuanku Abdul Rahman.

Amacam cantik tak? Pasti ramai yang tidak sabar untuk saksikan perarakan atlet negara yang bakal diperagakan dengan pakaian rasmi ‘The Malaya’ nanti.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment