Cara Saksikan Olimpik Paris 2024 Di Astro Dengan 17 Saluran Disediakan

By aiman

Published on:

saluran olimpik paris 2024 di astro

Jangan lupa untuk saksikan sukan Olimpik Paris 2024 di Astro dimana ada menyediakan 16 saluran kesemuanya khusus untuk semua pelanggan Astro sahaja. Lebih menarik, ditawarkan secara percuma sahaja.

Dengan itu, pengguna Astro tidak perlu buat penambahan langganan untuk menyaksikan Olimpik Paris 2024 di Astro. Ini kerana, semua saluran tersebut disediakan secara percuma. Anda boleh tonton sama ada di tv box atau aplikasi Astro Go.

Advertisements

Kesemua saluran ini secara rasmi akan bermula dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2024. Akan tetapi 5 saluran Olimpik akan ditayangkan lebih awal iaitu bagi beberapa acara sukan seperti bola sepak dan ragbi.

Daripada 16 saluran, 10 daripadanya anda boleh saksikan di TV, manakala 6 selebihnya, anda boleh tonton secara live streaming di aplikasi Astro Go dan platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Senarai Saluran Olimpik Paris 2024 Di Astro

Untuk info, selain daripada saluran khas (OLY) ini, terdapat juga liputan langsung untuk kontinjen negara di Astro Arena 801.

Advertisements

Astro Box

  • Astro Olympic (OLY CH 780)
  • Astro Olympic (OLY CH 781)
  • Astro Olympic (OLY CH 782)
  • Astro Olympic (OLY CH 783)
  • Astro Olympic (OLY CH 784)
  • Astro Olympic (OLY CH 785)
  • Astro Olympic (OLY CH 786)
  • Astro Olympic (OLY CH 787)
  • Astro Olympic (OLY CH 788)
  • Astro Olympic (OLY CH 789)

Astro Go & Sooka

  • Astro Olympic (OLY CH 790)
  • Astro Olympic (OLY CH 791)
  • Astro Olympic (OLY CH 792)
  • Astro Olympic (OLY CH 793)
  • Astro Olympic (OLY CH 794)
  • Astro Olympic (OLY CH 795)

Saluran NJOI Untuk Sukan Olimpik Paris 2024

Asyik Astro je dapat. Nak tanya, NJOI dapat juga ke saluran khas ini? Atau kena bayar apa-apa tambahan atau perlu langgan apa-apa pakej? Ada saluran Olimpik Paris 2024 di Astro ini untuk pengguna NJOI?

Berita baik juga untuk pelanggan dan pengguna NJOI, saluran khas Olimpik Paris 2024 juga tersedia di NJOI secara percuma bagi apa-apa langganan pek kecuali pek HD. Jadi kalau anda sudah ada langgan sekarang, anda boleh dapatkan akses saluran Astro Olympic (OLY) ini.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Cara Saksikan Olimpik Paris 2024 Di Astro Dengan 17 Saluran Disediakan”

Leave a Comment