Tahun ini masih meriah seperti edisi-edisi sebelumnya dimana orang ramai boleh saksikan temasya Olimpik Paris 2024 di RTM yang disiarkan secara percuma. Tidak perlu bayar atau tidak perlu langgan apa-apa pakej pun.
Melalui pengumuman yang dibuat oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM), mereka menjadi penyiar rasmi untuk edisi kali ini dan bakal menawarkan 578 jam siaran percuma termasuk 170 jam siaran secara langsung.
Dengan ini, seluruh rakyat Malaysia boleh menyaksikan atlet ternama dunia termasuklah atlet Malaysia sendiri yang beraksi dalam sukan masing-masing dalam temasya sukan paling berprestij dunia ini.
BACA JUGA : Jadual Penuh Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik Paris 2024
Seluruh rakyat Malaysia kini boleh bersorak dan menzahirkan sokongan kepada 26 atlet negara yang bersaing dalam sukan antaranya berbasikal, pelayaran, badminton, menembak, memanah dan banyak lagi dalam usaha meriah emas Olimpik pertama Malaysia.
Turut Disiarkan Secara Langsung Upacara Pembukaan Olimpik Paris 2024
Selain daripada tayangan aksi sukan setiap hari, juga bakal menyiarkan siaran langsung untuk upacara Pembukaan Olimpik Paris 2024 di RTM iaitu pada 27 Julai 2024, pukul 1.00 hingga 5.00 pagi menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM.
Jika acara pembukaan dibuat di Jardins du Trocadero dan Sungai Seine, manakala acara penutup yang turut disiarkan di RTM ini juga bakal berlangsung pada 12 Ogos 2024, jam 2.30 pagi dari Stade de France.
Senarai Saluran Olimpik Paris 2024 Di RTM
Saluran RTM kini sudah tersedia sama ada di Astro mahupun Unifi TV. Jadi untuk semua rakyat yang menonton melalui RTM, anda boleh saksikan aksi Olimpik Paris 2024 melalui TV Okey dan Sukan RTM.
BACA JUGA :
Tidak cukup dengan itu, RTM bawakan juga 5 saluran khas dimana anda boleh saksikan secara striming di platform RTM Klik atau laman web khas di https://paris2024.rtm.gov.my/utama. Yang penting, semuanya percuma.
- Channel 1
- Channel 2
- Channel 3
- Channel 4
- Channel 5
- Channel 6
1 thought on “Cara Tonton Olimpik Paris 2024 Di RTM Secara Percuma”