Siaran Langsung Lee Zii Jia Pingat Gangsa Badminton Olimpik Paris 2024 (vs Lakshya Sen)

By aiman

Updated on:

jadual siaran langsung lee zii jia pingat gangsa badminton

Pasti ramai tidak sabar-sabar untuk menyaksikan perlawanan badminton siaran langsung Lee Zii Jia vs Lakshya Sen yang juga merupakan perlawanan bagi penentuan pingat gangsa untuk badminton Olimpik Paris 2024.

BACA JUGA : Jadual & Keputusan Penuh Badminton Malaysia Di Olimpik Paris 2024

Lee Zii Jia buat pertama kali berjaya mara ke pusingan separuh akhir untuk edisi kali ini, tetapi tewas kepada pemain Thailand iaitu Kunlavut Vitidsarn dengan straight set, 14-21, 15-21 sekali gus melupakan hasrat untuk meraih emas sulung negara.

Akan tetapi, perjuangan tersebut, tidaklah terhenti terus bagi acara perseorangan lelaki buat Lee Zii Jia. Ini kerana, beliau kini akan bermain satu lagi perlawanan iaitu penentuan pingat gangsa bertemu pilihan utama India, Lakshya Sen.

Advertisements

Pemain bukan pilihan, Lakshya Sen diberi tentangan hebat oleh penyandang pingat emas Tokyo 2020, Viktor Axelsen ketika di semi final. Meskipun berjaya mejarakkan mata dalam setiap set, Viktor berjaya bangkit sehingga berjaya dengan keputusan 22-20, 21-14.

Sejarah Pertemuan Lee Zii Jia vs Lakshya Sen

Kedua-dua pemain ini, setakat ini pernah bertemu sebanyak lima kali. Akan tetapi, kebanyakkannya kemenang adalah berpihak kepada Sen iaitu sebanyak empat kali. Lee Zii Jia hanya pernah menang sekali sahaja dalam pertemuan tersebut.

Jika dilihat daripada sudut rangking, Lee Zii Jia kini berada di kedudukan ke-7 untuk rangking dunia, berbanding 19 untuk Lakshya Sen. Jika perbandingan dibuat, pastinya perlawanan ini berpihak kepada pemain utama negara.

Akan tetapi, sejarah pertemuan memberikan keputusan yang berbeza. Lakshya Sen mempunyai kelebihan dan sekali gus mampu untuk melebarkan jumlah kemenangan itu kepada lima kali pula selepas ini.

Semoga dengan kemenangan pingat gangsa daripada regu utama negara semalam, Aaron Chia/Soh Wooi Yik memberikan motivasi kepada Lee Zii Jia untuk memberikan yang terbaik sekali gus menghadiahkan pingat kedua untuk negara iaitu Bronze Medal.

Jadual Perlawanan Penentuan Pingat Gangsa Badminton Olimpik Paris 2024

Kini tinggal dua acara sahaja lagi bagi sukan badminton yang masih belum ditentukan pemenang pingat iaitu perseorangan lelaki dan perseorangan wanita. Kedua-duanya akan berlangsung pada 5 Ogos 2024, iaitu hari Isnin.

Acara perseorangan wanita akan bermula pada pukul 4.55 pm. Manakala untuk acara lelaki bermula pada pukul 8.30 malam. Untuk jadual siaran langsung Lee Zii Jia vs Lakshya Sen iaitu bagi penentuan pingat gangsa akan diadakan pada pukul 8.30 malam (ikut waktu Malaysia). Kemudian diikuti perlawanan pingat emas.

Advertisements

Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Lakshya Sen

Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan siaran langsung Lee Zii Jia ini menerusi saluran Astro, RTM dan Unifi TV seperti yang disediakan sebelum ini terutamanya melibatkan atlet Malaysia yang beraksi.

Di Astro, anda boleh saksikan di saluran Astro OLY 5 (784) atau di Astro Arena 801. Untuk saluran RTM, saksikan di TV Okey. Manakala di Unifi TV menerusi saluran Unifi Sports 9. Ini semua anda boleh saksikan di kaca tv.

Selain itu, turut disediakan tonton secara live streaming di aplikasi Sooka, RTM Klik dan aplikasi Unifi TV secara percuma. Anda boleh klik di pautan dibawah untuk tonton secara live streaming :

Keputusan Perlawanan Lee Zii Jia vs Lakshya Sen

[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Lee Zii Jia [7] (MAS)132121
Lakshya Sen (IND)211611

*Lee Zii Jia menang dan meraih pingat gangsa acara Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik Paris 2024

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment