Jadual Siaran Langsung Liga Super 2024/2025 Dan Keputusan Live

By aiman

Updated on:

liga super 2024/2025

Yang ditunggu kini telah tiba. Saingan peringkat tertinggi bola sepak tempatan akan diteruskan menerusi Liga Super yang sudah memasuki musim terbaru 2024/2025. Sudah pastinya ramai yang teruja untuk menantikan kempena kali ini.

Nampaknya saigan Liga Super kali ini lebih menarik berbanding musim-musim sebelumnya, dimana banyak kejutan yang berlaku. Peminat bola sepak tempatan terutamanya bagi penyokong setiap pasukan pastinya teruja dengan bermulanya saingan liga kali ini.

Saingan Liga Super 2024/2025

Untuk musim terbaru kali ini, pengelola liga iaitu Malaysian Football League (MFL) telah merangka jadual perlawanan bagi saingan Liga Malaysia mengikut kalendar AFC. Jika sebelum ini, biasanya habis setahun sahaja, kali ini untuk satu musim akan berlangsung dua tahun 2024/25.

Satu musim bagi Liga Malaysia akan berlangsung dari Mei 2024 hingga Mei 2025. Manakala untuk saingan Liga Super, ianya akan bermula dari 10 Mei 2024 hingga Mac 2025 dimana Piala Sumbangsih menjadi perlawanan pembukaan.

Tambahan lagi, liga tempatan kini berada satu lagi tapak dihadapan apabila buat pertama kalinya, sistem VAR (Video Assistant Referee) akan digunapakai dalam setiap perlawanan. Pastinya dapat membantu pengadil perlawanan membuat keputusan lebih tepat dan adil.

var liga super

Format Pertandingan

Masih mengekalkan format pertandingan yang sama seperti musim-musim sebelumnya dimana kesemua pasukan akan dikumpulan dalam satu (kumpulan) dan dimainkan secara liga dua (2) pusingan bagi home dan away.

Pasukan yang menang, akan membawa pulang 3 mata. Seri meraih 1 mata dan pasukan yang tewas tiada peroleh sebarang mata. Pasukan yang berjaya berada di tempat pertama pada hujung musim, bakal dinobatkan sebagai juara.

Advertisements

Berbeza pada musim sebelumnya, kali ini, hanya 13 pasukan yang mengambil bahagian iaitu bilangan ganjil. Disebabkan itu, setiap minggu akan ada satu pasukan yang tidak akan terlibat dalam perlawanan liga.

Senarai Pasukan Bertanding Dalam Saingan Liga Super 2024/2025

Untuk musim 2024/2025, terdapat 13 pasukan yang akan mengambil bahagian dan merebut trofi kejuaraan sehingga penghujung musim. Pasukan tersebut adalah :

  1. Johor Darul Ta’zim FC (JDT)
  2. Kedah Darul Aman FC
  3. Kelantan Darul Naim FC (KDN)
  4. Kuala Lumpur City FC (KL City)
  5. Kuching City FC
  6. Negeri Sembilan FC
  7. PDRM FC
  8. Penang FC
  9. Perak FC
  10. Sabah FC
  11. Selangor FC
  12. Sri Pahang FC
  13. Terengganu FC

Siaran Langsung Liga Super 2024/2025

Musim kali ini juga, sekali lagi Astro telah dilantik menjadi penyiar rasmi untuk saingan Liga Malaysia dimana melibatkan sebanyak 219 perlawanan dalam saingan Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

siaran langsung liga super

Manakala RTM menjadi rakan penyiar rasmi turut akan menyiarkan sebanyak 61 perlawanan terpilih secara langsung di kaca tv. Daripada jumlah tersebut, 52 adalah dalam saingan liga, 8 dalam saingan Piala FA dan juga final Piala Malaysia.

Untuk saluran Astro, anda boleh saksikan semua perlawanan secara langsung yang dibawakan di Astro Arena (saluran 801 dan 802) serta Astro Arena Bola (saluran 803 dan 804) beserta tontonan online di Astro Go.

Manakala di RTM, akan ditayangkan menerusi TV Okey (saluran Astro 146 dan MYTV 110) dan Sukan RTM (saluran MYTV 111) secara percuma untuk semua. Tonton secara live streaming boleh strim menerusi aplikasi RTM Klik juga secara percuma.

Untuk menyaksikan semua perlawanan secara live streaming, boleh menggunakan platform Sooka sama ada di laman web sooka.my atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pakej Sukan dengan harga bermula RM29.60 sebulan.

Jadual & Keputusan Terkini

Disini akan disenaraikan jadual perlawanan yang melibatkan semua pasukan dalam saingan Liga Super 2024/2025 sepanjang minggu. Jadi anda boleh dapatkan info berkaitan hanya disatu tempat sahaja disini.

Manakala keputusan perlawanan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas perlawanan. Anda boleh dapatkan bilangan jaringan dan ketahui pasukan yang mana berjaya peroleh kemenangan atau tewas pada setiap minggu.

Sebanyak 26 minggu perlawanan Liga Super akan berlangsung iaitu bermula LS1 hingga LS13 untuk pusingan pertama. Manakala pusingan kedua akan bermula daripada LS14 hingga LS26 bermula tahun 2024 hingga tahun 2025.

Minggu Keempat (LS4)

Giliran Sabah FC tiada perlawanan untuk minggu keempat (LS4)

21 Jun 2024 (Jumaat)

  • FT : Negeri Sembilan (0) – (3) KL City

9.00 pm | Stadium Tuanku Abdul Rahman | TV Okey, Sukan RTM | Live Streaming di RTM Klik

22 Jun 2024 (Sabtu)

  • FT : JDT (3) – (0) Sri Pahang

5.30 pm | Stadium Sultan Ibrahim | Arena Bola (803) | Live Streaming di Sooka

  • FT : Kuching City (1) – (1) Terengganu

8.15 pm | Stadium Negeri, Kuching | Arena Bola 2 (804) | Live Streaming di Sooka

Advertisements
  • FT : Penang (0) – (1) Kedah

9.00 pm | Stadium Bandaraya, Penang | Arena Bola (803) | Live Streaming di Sooka

23 Jun 2024 (Ahad)

  • FT : Selangor (2) – (1) Perak

5.30 pm | Stadium MBPJ | TV Okey, Sukan RTM | Live Streaming di RTM Klik

  • FT : Kelantan (1) – (0) PDRM

9.00 pm | Stadium Sultan Muhammad Ke-IV | Arena Bola 2 (804) | Live Streaming di Sooka

Bila Liga Super 2024/25 Bermula?

Saingan Liga Super bermula pada 10 Mei 2024

Berapa Pasukan Bertanding

Sebanyak 13 pasukan yang mengambil bahagian

Cara Beli Tiket Online

Orang ramai boleh dapatkan tiket masuk stadium secara online di https://tickethotline.com.my/

Dimanakah Siaran Langsung Ditayangkan

Penonton boleh saksikan perlawanan secara langsung di kaca tv menerusi Astro dan RTM

Cara Nak Tengok Liga Super Secara Live Streaming

Boleh langgan Sooka dengan harga RM29.60 sebulan atau secara percuma di RTM Klik

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

3 thoughts on “Jadual Siaran Langsung Liga Super 2024/2025 Dan Keputusan Live”

Leave a Comment