Pastinya menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu kedua kali ini dimana mempertemukan Selangor vs Kedah dalam saingan Liga Super terbaru untuk musim 2024/2025.
Perlawanan antara dua pasukan gergasi ini akan berlangsung pada 18 Mei 2024, hari Sabtu bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Selangor adalah selaku tuan rumah dengan melayan kunjungan pasukan pelawat, Kedah.
Satu pasukan Merah Kuning (Selangor) dan satu lagi pasukan Hijau Kuning (Kedah). Rekod kedua-dua pasukan ini juga cukup hebat. Setakat 123 pertemuan, Selangor berkelebihan dengan 60 kali meraih kemenangan berbanding Kedah hanya 34.
BACA JUGA : Jadual Penuh Liga Super 2024/2025

Akan tetapi, Kedah telah memulakan saingan liga berbanding Selangor. Pada minggu pertama lalu, Kedah sudah pun meriah kemenangan awal yang pastinya memberikan semangat dan tonik yang lebih kepada pemain.
Berbanding Selangor apabila tidak turun beraksi untuk perlawanan pertama liga yang juga ketika itu dimainkan Piala Sumbangsih. Ini kerana, gergasi merah terpaksa tarik diri daripada kejohanan akibat faktor-faktor keselamatan.
Kita pasti sudah tahu, bagaimana ayam tambatan Selangor, Faisah Halim yang ditimpa musibah sebelum ini. Perlawanan pertama ini, sepertinya beliau masih belum sempat untuk diturunkan. Tetapi pastinya tidak mematahkan semangat seluruh pasukan Selangor.
Dalam masa itu juga, demi menunjukkan solidariti kepada pemain tersebut, Selangor mengajak semua penyokong yang hadir pada perlawanan tersebut untuk berdiri dan tepuk di minit ke-7 permainan.
Pastinya Selangor ingin memenangi perlawanan ini. Selain untuk peminat yang hadir serta penyokong Selangor umumnya, kemenangan ini juga pastinya untuk pemain mereka, Faisal Halim.
Jadi penyokong Selangor khususnya, kena datang beramai-ramai pada hari perlawanan Selangor vs Kedah nanti. Turun dan datang ke stadium sebagai tanda sokongan kepada pasukan kebanggaan anda ini.
Siaran Langsung Selangor vs Kedah – Live Streaming
Tapi untuk yang tidak dapat hadir ke stadium, jangan risau! Ini kerana perlawanan antara Selangor vs Kedah ini turut akan dibawakan dipancarkan ke kaca tv anda dirumah menerusi saluran Astro.
Anda boleh saksikan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go. Buat pertama kali, perlawanan ini juga turut disiarkan Astro Supersport (805) dengan kualiti 4K UHD.
Untuk yang tiada Astro, seperti biasa, anda boleh tonton secara live streaming iaitu dengan menggunakan platform Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga RM29.60 sebulan.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan jadual perlawanan Selangor vs Kedah yang merupakan saingan Liga Super 2024 LS2 berlangsung pada 18 Mei ini bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
FT : Selangor (1) – (0) Kedah
- Aliff Haiqal 85′
Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : Arena Bola 803, Astro Supersport 805
Live Streaming : Sooka
1 thought on “Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Kedah Liga Super 2024”