Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Negeri Sembilan Liga Super 2024

By aiman

Updated on:

selangor vs negeri sembilan

Selangor vs Negeri Sembilan akan membuat perhitungan untuk minggu ketiga (LS3) dalam saingan musim terbaru Liga Super 2024/2025 bagi mencari pasukan manakah yang lebih hebat.

Ianya merupakan satu-satunya perlawanan yang berlangsung pada hari ketiga ini iaitu pada 26 Mei 2024, hari Ahad bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Selangor sekali lagi menjadi tuan rumah.

Pada aksi pertama yang dilalui oleh Selangor selepas penarikan diri dalam Piala Sumbangsih, Selangor sudah meraih kemenangan pertama ketika bertemu Kedah juga di venue yang sama. Kini mereka akan menunggu kedatangan Negeri Sembilan pula.

Advertisements

Berbeza dengan pasukan yang terkenal dengan jolokan Hobin Jang Hobin dimana pada perlawanan pembukaan yang lalu, mereka tewas kepada juara sedekad Liga Super, JDT dengan jaringan 1-3.

BACA JUGA : Negeri Sembilan Tumpas 1-3 Ketika Bertemu JDT Dalam Aksi Pertama

Tidak boleh tidak, ketua jurulatih Azzmi Aziz pastinya akan mencari strategi yang terbaik supaya meriah kemenangan pertam atau sekurang-kurangnya mampu pulang dengan hadiah 1 mata ketika bertandang ke Kelana Jaya.

Tetapi Selangor sudah pastinya tidak mahu keputusan itu terjadi. Mereka pasti akan memberikan segalanya, tambahan pula bermain di hadapan penyokong sendiri yang kini sudah memberikan yang terbaik. Dikatakan tiket sold out sekali lagi.

Siaran Langsung Selangor vs Negeri Sembilan – Live Streaming

Pada perlawanan pertama, tiket sold out ketika menentang Kedah. Kini untuk game kedua, ianya terjadi sekali lagi apabila tiket laku keras dan habis dijual. Peminat tidak sabar untuk menyaksikan lagi aksi daripada pemain-pemain dan pasukan kesayangan.

Tapi tidak perlu gusar bagi yang tidak berjaya dapatkan tiket. Anda masih boleh saksikan perlawanan Selangor vs Negeri Sembilan ini di rumah anda. Ini kerana ianya turut disiarkan di kaca tv.

Advertisements

Anda boleh saksikan perlawanan ini menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Untuk yang ingin menonton secara live streaming, boleh pergi ke portal RTM Klik atau menggunakan aplikasi mobile.

Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual perlawanan antara Selangor vs Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super 2024/2025 untuk minggu ketiga (LS3) yang akan berlangsung pada 26 Mei ini bertempat di Kelana Jaya.

FT : Selangor (4) – (0) Negeri Sembilan

  • Ronnie Fernandez 57′
  • Yohandry Orozco 68′, 75′
  • Reziq Banihani 90+1′

Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment