Minggu kedua saingan Liga Super 2024/2025 diteruskan lagi dan antara pasukan yang bermain adalah pertemuan JDT vs Negeri Sembilan yang akan berlangsung bersama lima lagi perlawanan lain.
Pertemuan kedua-dua pasukan ini akan diadakan pada 18 Mei 2024, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada jam 5.30 petang bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.
BACA JUGA : Jadual Penuh Perlawanan Liga Super 2024/2025
Jika dilihat baik-baik, meskipun sudah memasuki minggu kedua (LS2), sebenarnya perlawanan ini merupakan match yang pertama untuk kedua-dua pasukan dalam saingan liga super kali ini.
Disebabkan bilangan ganjil pasukan yang mengambil bahagian dalam saingan Liga Super musim 24/25 kali ini, akan ada satu pasukan yang tidak bermain setiap minggu. Oleh itu, pada minggu pertama (LS1), Negeri Sembilan tiada perlawanan.
Tetapi berbeza dengan Johor Darul Taโzim. Ini perlawanan pertama mereka adalah disebabkan perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei yang lalu yang juga perlawanan pertama liga terpaksa dibatalkan ekoran penarikan diri pasukan Selangor.

Disebabkan itu juga, JDT meraih kemenangan percuma 3-0 dan sekali gus membawa pulang trofi kejuaraan buat kali kesembilan. Dengan itu juga, mereka peroleh 3 mata pertama dalam saingan liga.
Jadi pertemuan JDT vs Negeri Sembilan akan bermula dengan fresh team. Kedua-dua pasukan pastinya tidak sabar untuk turun ke padang dan merasa kembali aura liga super yang kini pastinya lebih menarik untuk ditonton.
Siaran Langsung JDT vs Negeri Sembilan (Live Streaming)
Penyokong tuan rumah, JDT juga tidak sabar untuk turun ke stadium bagi menonton perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka. Juga pastinya untuk pasukan pelawat pada hari tersebut.
Untuk yang berkesempatan datang ke stadium, penuhkan! Bagi yang tidak sempat hadir, jangan risau! Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi Astrro Arena Bola 2 (804) dan secara online di Astro Go.
Untuk yang tiada Astro, cara untuk tonton perlawanan JDT vs Negeri Sembilan adalah secara live streaming menerusi platform Sooka. Hanya perlu langgan pek Sukan dengan harga RM26.90 sebulan.
Keputusan Terkini
Berikut merupakan jadual perlawanan saingan Liga Super 2024/2025 LS2 antara JDT vs Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 18 Mei ini. Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
FT : JDT (3) โ (1) Negeri Sembilan
- Bergson da Silva 12โฒ, 17โฒ
- Hein Htet Aung 28โฒ
- Jordi Amat 71โฒ
Masa : 5.30 pm
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 2 (804)
Live Streaming : Sooka
2 thoughts on โSiaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Liga Super 2024โ