Siaran Langsung Live Streaming KL City vs JDT Liga Super 2024

By aiman

Updated on:

kl city vs jdt

Saingan Liga Super 2024/2025 diteruskan lagi untuk minggu ketiga (LS3) dan pastinya menjadi perlawanan tumpuan iaitu antara KL City vs JDT yang mana turut berlangsung pada minggu ini.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada 25 Mei 2024, iaitu pada hari Sabtu bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dengan waktu sepak mula pada jam 5.30 petang. KL City menjadi tuan rumah.

BACA JUGA : Perlawanan JDT vs Negeri Sembilan LS2

Jika ingin berbincang soal kemenangan ketika berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim, pastinya jawapan tetap sama. Rekod pertemuan pastinya berkelebihan kepada JDT dengan kemenangan sahaja.

Advertisements

Tetapi harus juga diingat, KL City juga sebelum ini pernah mencipta magis tersendiri apabila berjaya menumpaskan JDT iaitu dalam saingan Piala Malaysia di final iaitu untuk edisi 2021. Mungkin kemenangan ini boleh dikecapi sekali lagi.

Setiap pasukan pastinya akan berusaha menjadi yang lebih dari musim ke musim. Tidak terkecuali untuk KL City mahupun JDT sendiri. Tetapi adakah usaha itu cukup sama ada untuk kekalkan rekod kemenangan atau mencipta kemenangan?

KL City baru sahaja beraksi untuk 1 perlawanan iaitu pada LS1 yang lalu. Pada minggu lalu, giliran mereka untuk ‘berehat’. JDT juga sebenarnya baru bermain sekali sahaja, meskipun sudah meraih 2 kemenangan. Perlawanan pertama terpaksa dibatalkan dan berikan kemenangan percuma.

Meskipun begitu, KL City bermula tidaklah terlalu baik apabila seri ketika berhadapan dengan Kuching City. Kini mereka perlu pula berdepan dengan pasukan terbaik Asia Tenggara ini dalam saingan liga seterusnya.

Siaran Langsung KL City vs JDT – Live Streaming

Penyokong The City Boys pasti tidak sabar-sabar untuk menerima kunjungan pasukan lawan di homeground mereka. Inginkan satu perlawanan yang baik dan pastinya mengharapkan pasukan kesayangan mereka menang menentang lawan.

Jadi untuk pertemuan KL City vs JDT ini, anda boleh datang beramai-ramai bagi memenuhkan stadium pada hari perlawanan. Kini anda sudah boleh mula dapatkan tiket masuk bagi menyaksikan antara perlawanan tumpuan kali ini.

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara langsung iaitu menerusi di kaca tv. Ianya akan disiarkan di saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM.

Advertisements

Untuk yang tidak mempunyai tv atau tiada di rumah, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform RTM Klik sama ada di https://rtmklik.rtm.gov.my/ atau aplikasi mobile. Boleh tengok di smartphone secara percuma sahaja.

Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual perlawanan KL City vs JDT dalam saingan Liga Super 2024/2025 untuk minggu ketiga (LS3) yang akan berlangsung pada 25 Mei ini. Keputusan perlawanan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas perlawanan tamat.

FT : KL City (1) – (5) JDT

  • Fernando Forestieri 43′, 61′
  • Paulo Josue 45+8′ (P)
  • Juan Muniz 45+5′, 71′
  • Syahmi Safari 88′

Masa : 5.30 pm
Venue : Stadium Bolasepak KL
TV : RTM
Live Streaming : RTM Klik

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment