Kini tiba hari terakhir untuk saingan Liga Super bagi minggu keenam (LS2). Salah satu perlawanan yang berlangsung adalah pertemuan antara Selangor vs Penang.
BACA JUGA : Jadual Penuh Liga Super 2024
Seperti dijadualkan, ianya bakal dilangsungkan pada 27 Julai 2024, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam. Pertembungan ini diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Selangor Perlu Bangkit Dalam Perlawanan Ini
Selangor sebelum ini telah menerima tamparan yang hebat apabila tewas dua kali berturut-turut iaitu dalam saingan Piala FA dan terbaru dalam saingan liga.
Pada awalnya, skuad Red Giants bermula dengan baik iaitu pada awal musim. Kini mereka sepertinya kehilangan sentuhan tersebut dan pastinya mereka inginkan kesudahan yang baik selepas ini.
Jadi Penang bakal menjadi medan ujian terbaru untuk Selangor. Adakah mereka mampu untuk menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri nanti untuk meriah kemenanga? Atau berlaku disebaliknya?
Penang Sudah Meraih Kemenangan Sulung
Dalam masa yang sama, Penang juga telah menemui sentuhan kemenangan apabila mencatatkan kemenangan pertama pada perlawanan sebelum ini.
Pastinya momentum tersebut akan dibawa ke Kelana Jaya nanti. Jika tidak dapat menang sekali pun, sekurang-kurangnya The Panthers mampu untuk pulang dengan 1 mata.
Siaran Langsung Selangor vs Penang Dan Live Streaming
Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan ini yang akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM.
Bagi yang ingin menonton secara live streaming, anda boleh menggunakan platform RTM Klik, sama ada di laman web https://rtmklik.rtm.gov.my/ atau aplikasi mobile dengan percuma.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Selangor vs Penang bagi saingan Liga Super 2024 untuk minggu keenam (LS6) yang berlangsung pada 27 Julai 2024, hari Sabtu.
FT : Selangor (4) – (1) Penang
- Mukhairi Ajmal 3′
- Yohandry Orozco 70′ (P)
- Rafel Vitor 63′(P)
- Alvin Fortes 89′
- Quentin Cheng 90+8′
Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Sooka