Jadual SUKMA Sarawak 2024 & Tarikh Bagi Setiap Acara

By aiman

Published on:

sukma sarawak 2024

Tumpuan temasya sukan kini terarah kedalam Malaysia pula selepas Olimpik sebelum ini. Ini merupakan jadual SUKMA Sarawak 2024 beserta tarikh perlawanan bagi setiap acara yang dipertandingkan.

Temasya dwi-tahunan, SUKMA kini sudah memaski edisi ke-21 (XXI) untuk tahun 2024 dan kali ini Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah. Oleh itu, SUKMA tahun ini juga dikenali dengan SUKMA Sarawak 2024.

SUKMA XXI Sarawak 2024 secara rasmi berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos 2024. Ini merupakan penganjuran kali ketiga untuk Bumi Kenyalang selepas tahun 1990 dan 2016 sebelum ini.

Advertisements

Edisi kali ini, sebanyak 37 sukan dengan melibatkan 488 acara dipertandingkan. 236 daripadanya untuk acara lelaki, 217 untuk acara wanita, manakala 35 melibatkan acara campuran atau terbuka.

BACA JUGA : Jadual SUKMA Sarawak 2024 (Bola Sepak)

Daripada kesemua sukan yang dipertandingkan, seramai 9,927 atlet yang mengambil bahagian daripada 15 negeri termasuk Wilayah Persekutuan dan Brunei Darussalam. 9 daerah (digelar kluster) terlibat menjadi venue bagi kesemua acara sukan dipertandingkan.

Senarai Lokasi Bagi SUKMA Sarawak 2024

Bagi memberikan keterujaan rakyat negeri Sarawak berkaitan temasya SUKMA Sarawak 2024, kesemua acara akan dimainkan di 9 daerah terpilih dan bukan tertumpu kepada Kuching sahaja:

  • Kuching (25 sukan)
  • Samarahan (2 sukan)
  • Serian (1 sukan)
  • Sri Aman (1 sukan)
  • Betong (1 sukan)
  • Sibu (3 sukan)
  • Mukah (3 sukan)
  • Bintulu (3 sukan)
  • Miri (6 sukan)

Manakala kesemua atlet ditempatkan di Perkampungan Sukan seperti di UNIMAS di Kota Samarahan dan Desa Sanyan, UiTM kampus Mukah, UPM di Bintulu dan IKBN yang berada di Miri.

Siaran Langsung SUKMA Sarawak 2024

Untuk temasya SUKMA 2024 Sarawak kali ini, RTM dan TVS telah dilantik sebagai penyiar rasmi sepanjang kejohanan. Jadi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke venue, boleh saksikan di kaca tv atau secara online.

Advertisements

Selain di tv, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi laman youtube rasmi SUKMA TVS iaitu di https://www.youtube.com/@StadiumSUKMATVS1

Jadual SUKMA Sarawak 2024

Berikut merupakan senarai penuh bagi jadual SUKMA Sarawak 2024 melibatkan semua sukan sepanjang temasya ini berlangsung:

Hari Perasmian Pembukaan17 Ogos 2024
Hari Perasmian Penutup24 Ogos 2024
  • Akuatik
    • Renang (19 – 23 Ogos)
    • Terjun (19 – 23 Ogos)
  • Berbasikal
    • Lebuhraya (14 – 17 Ogos)
    • BMX (18 – 19 Ogos)
    • MTB (20 – 22 Ogos)
  • Bola Keranjang
    • 5 x 5 (15 – 21 Ogos)
    • 3 x 3 (22 – 23 Ogos)
  • Bola Sepak Lelaki (12 – 24 Ogos)
  • Bola Sepak Wanita (13 – 22 Ogos)
  • Bola Tampar Pantai (17 – 23 Ogos)
  • Boling Padang (13 – 23 Ogos)
  • e-Sports (20 – 24 Ogos)
  • Gimrama (17 – 19 Ogos)
  • Golf (16 – 18 Ogos)
  • Hoki (16 – 24 Ogos)
  • Kabaddi (20 – 23 Ogos)
  • Kriket
    • Kriket Lelaki (13 – 24 Ogos)
    • Kriket Wanita (18 – 24 Ogos)
  • Memanah (18 – 23 Ogos)
  • Menembak (17 – 21 Ogos)
  • Olahraga (19 – 23 Ogos)
  • Petanque (17 – 24 Ogos)
  • Ping Pong (19 – 24 Ogos)
  • Silambam (20 – 22 Ogos)
  • Skuasy (16 – 23 Ogos)
  • Taekwando (16 – 20 Ogos)
  • Tenping Boling (15 – 20 Ogos)
  • Tenis (16 – 22 Ogos)
  • Wushu (14 – 16 Ogos)
  • Catur (20 – 24 Ogos)
  • Futsal (13 – 23 Ogos)
  • Gimnastik (21 – 24 Ogos)
  • Tinju (16 – 23 Ogos)
  • Angkat Berat (19 – 23 Ogos)
  • Bola Jaring (17 – 23 Ogos)
  • Judo (20 – 22 Ogos)
  • Badminton (17 – 24 Ogos)
  • Bola Tampar Dewan (17 – 23 Ogos)
  • Muaythai (15 – 20 Ogos)
  • Sepak Takraw (14 – 23 Ogos)
  • Karate (17 – 19 Ogos)
  • Lawang Pedang (19 – 23 Ogos)
  • Pelayaran (19 – 24 Ogos)
  • Pencak Silat (18 – 23 Ogos)
  • Ragbi (19 – 22 Ogos)
  • Sofbol (15 – 19 Ogos)

Untuk dapatkan butiran lanjur berkaitan jadual SUKMA Sarawak 2024, anda boleh rujuk di laman web rasmi di https://www.sukmasarawak2024.my

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment