Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2025: JDT vs Sri Pahang di Astro dan RTM

By aiman

Updated On:

Follow Us
final piala malaysia 2025 jdt vs sri pahang

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2025 bakal menyaksikan pertembungan sengit antara JDT vs Sri Pahang. Aksi ini dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 26 April 2025, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Bagi peminat bola sepak tempatan yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium pada hari perlawanan, siaran langsung perlawanan ini boleh ditonton melalui beberapa saluran utama.​

Saluran Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2025

Untuk memastikan peminat tidak terlepas detik-detik penting perlawanan JDT vs Sri Pahang ini, siaran langsung akan disiarkan melalui saluran Astro iaitu menerusi Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803.

BACA JUGA : Keputusan Penuh JDT vs Sri Pahang

Selain itu, ianya juga turut disiarkan menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Jadi orang ramai boleh tonton live perlawanan ini secara percuma terutamanya bagi mereka yang tidak melanggan saluran berbayar Astro.

Live Streaming JDT vs Sri Pahang

Bagi yang tidak datang ke stadium, kemudian tidak mempunyai akses kepada tonton di tv, jangan risau ada berita baik untuk anda. Ini kerana anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming pada hari perlawanan.

Untuk pengguna Astro, anda boleh strim di Astro Go. Manakala bagi yang tidak mempunyai akses, anda boleh strim di Sooka dengan yuran langganan atau boleh juga tonton secara percuma di https://rtmklik.rtm.gov.my/.

Pasukan Manakah Yang Bakal Bergelar Juara Piala Malaysia 2025

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menunjukkan dominasi dalam arena bola sepak tempatan dengan pencapaian cemerlang dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka gah tanpa sebarang ancaman daripada pasukan lain.

JDT telah memenangi beberapa kejuaraan domestik termasuk juara Liga Super kali ke-11 berturut-turut dan kini berpeluang untuk menambah koleksi trofi mereka dengan menjuarai Piala Malaysia 2025

Sri Pahang FC, yang kali terakhir menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2014, kembali ke pentas akhir dengan semangat baharu. Pasukan ini berharap untuk mengulangi kejayaan tersebut dan menamatkan kemarau kejuaraan mereka.

JDT vs Sri Pahang, pasukan manakah akan bergelar juara Piala Malaysia 2025?

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2025: JDT vs Sri Pahang di Astro dan RTM”

Leave a Comment