Pertarungan yang dinantikan akhirnya tiba! Final Piala Malaysia 2025 mempertemukan JDT vs Sri Pahang dalam aksi kemuncak yang menjadi penutup rasmi musim Liga Malaysia 2024/2025.
- Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2025 JDT vs Sri Pahang Dan Platform Penstriman
- Sejarah Dan Kepentingan Final Kali Ini
- Nostalgia Pertemuan Final JDT vs Sri Pahang
- Rekod Dan Prestasi Terkini Pasukan
- Ramalan Final: JDT Pilihan Tetapi Waspada
- Pasukan Manakah Akan Dinobatkan Juara?
- Keputusan Perlawanan
Penyokong bagi kedua-dua pasukan pastinya tidak sabar menyaksikan detik bersejarah ini, yang bakal berlangsung penuh debaran di Stadium Nasional Bukit Jalil. Peminat bola sepak tempatan juga bakal menjadi antara lipatan sejarah dalam perlawanan ini.
Perlawanan akhir JDT vs Sri Pahang dijadualkan berlangsung pada 26 April 2025, iaitu hari Sabtu, tepat jam 9.00 malam. Lokasi pilihan semestinya Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, gelanggang terbesar dan berprestij di Malaysia, yang sering menjadi saksi kepada sejarah bola sepak tempatan.
Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2025 JDT vs Sri Pahang Dan Platform Penstriman
Peminat yang tidak dapat hadir ke stadium tidak perlu risau kerana perlawanan JDT vs Sri Pahang akan disiarkan secara langsung di beberapa saluran utama.
BACA JUGA : Cara Tonton Final Piala Malaysia Secara Percuma
Antara saluran yang menyiarkan secara langsung termasuk di saluran Astro iaitu di Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803 Selain itu, turut dibawakan menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM.
Selain itu, untuk peminat yang ingin menonton secara dalam talian, anda boleh menyaksikan live streaming melalui platform berbabar Sooka atau secara percuma di portal RTM Klik di https://rtmklik.rtm.gov.my/
Dengan pelbagai pilihan siaran ini, tiada alasan untuk terlepas aksi berprestij ini.

Sejarah Dan Kepentingan Final Kali Ini
Final kali ini cukup bersejarah kerana ia merupakan edisi ke-98 Piala Malaysia yang mana telah menjadikannya antara kejohanan tertua dan paling berprestij di Asia Tenggara.
Bagi pasukan Johor Darul Ta’zim, ini merupakan peluang untuk mereka memburu kejuaraan kali kelima selepas memenangi kejuaraan ini sebanyak empat kali sebelum ini.
Sri Pahang, yang dahulu dikenali sebagai Pahang FA, juga telah menjulang Piala Malaysia sebanyak empat kali dan berhasrat menambah koleksi kejuaraan mereka.
Nostalgia Pertemuan Final JDT vs Sri Pahang
Kali terakhir JDT vs Sri Pahang bertemu dalam final Piala Malaysia adalah pada edisi 2014. Pertemuan sengit itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa sebenar, memaksa perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti.
Sri Pahang (Pahang FA) tampil lebih tenang dan akhirnya memenangi penalti dengan keputusan 5-3, sekali gus merangkul kejuaraan.
Adakah sejarah akan berulang? Atau adakah JDT kini lebih matang dan bersedia untuk membalas dendam?
Rekod Dan Prestasi Terkini Pasukan
JDT hadir ke final ini dengan penuh keyakinan. Musim 2024/2025 menyaksikan dominasi penuh Harimau Selatan apabila berjaya memenangi Piala Sumbangsih, Liga Super Malaysia dan Piala FA Malaysia
Kini, mereka memburu trofi keempat untuk melengkapkan koleksi kejuaraan musim ini. Dominasi JDT dalam satu dekad terakhir memang sukar ditandingi oleh mana-mana pasukan lain di Liga Malaysia.
Sebaliknya, Sri Pahang menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-8 daripada 24 perlawanan. Ia bukanlah prestasi yang membanggakan, tetapi dalam perlawanan final, apa sahaja boleh berlaku.
Ramalan Final: JDT Pilihan Tetapi Waspada
Di atas kertas, ramai meramalkan perlawanan JDT vs Sri Pahang akan berpihak kepada Harimau Selatan. Dengan skuad bertaraf bintang, pengurusan profesional, dan konsistensi prestasi, JDT sememangnya mempunyai segala kelebihan untuk menumbangkan Sri Pahang.
Namun, bola itu bulat. Sejarah telah menunjukkan bahawa JDT juga tidak kebal di pentas final. Sri Pahang sendiri pernah mengejutkan mereka sebelum ini. Final adalah tentang mentaliti, keberanian dan kadangkala, sedikit tuah.
Dengan rekod dan reputasi yang dimiliki kedua-dua pasukan, apa sahaja keputusan boleh berlaku di malam final nanti.
Pasukan Manakah Akan Dinobatkan Juara?
Semua mata akan tertumpu pada aksi penuh dramatik antara JDT vs Sri Pahang di Final Piala Malaysia 2025.
Adakah JDT akan terus menambah koleksi trofi mereka dan membuktikan dominasi mutlak dalam bola sepak Malaysia? Atau adakah Sri Pahang bakal mengulangi kejutan manis seperti yang mereka lakukan pada tahun 2014?
Sama-sama kita saksikan malam bersejarah ini. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan siaran langsung sama ada di TV ataupun melalui live streaming di platform pilihan anda!
Keputusan Perlawanan
FT : JDT (2) – (1) Sri Pahang
- T. Saravanan 14′
- Bergson da Silva 53′ (P)
- Arif Aiman 74′
Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Astro Arena, TV Okey
Live Streaming : Sooka, RTM Klik
*JDT dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2024/2025
1 thought on “Siaran Langsung JDT vs Sri Pahang Di Final Piala Malaysia 2025”