Kadar Zakat Fitrah Di Setiap Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2024

By aiman

Updated on:

zakat fitrah

Majlis Agama Islam Negeri telah mengumumkan dan menetapkan kadar zakat fitrah bagi setiap negeri masing-masing untuk Ramadan kali ini 2024/1445 Hijrah.

Pengumuman ini seperti biasa akan diumumkan lebih awal sebelum tiba bulan Ramadan. Bagi memudahkan orang Islam terutamanya bersiap sedia untuk laksanakan ibadah wajib tersebut.

Advertisements

Apa Itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah yang juga dikenali dengan zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan atau zakat Fitri merupakan zakat diri yang difardhukan ke atas tiap-tiap individu muslim baik lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Ketua keluarga wajib bayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya. Individu yang berkemampuan dan belum berkeluarga, wajib bayar untuk dirinya sahaja.

Hukum Dan Syarat Zakat Fitrah

Orang Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah sama ada untuk diri dan keluarga atau tanggungannya dengan syarat-syarat berikut:

  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari akhir Ramadan dan berkekalan Islamnya
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah adalah terbahagi kepada 5 iaitu :

Advertisements
  1. Waktu Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal
  2. Waktu Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri
  3. Waktu Sunat – Sepanjang bulan Ramadan
  4. Waktu Makruh – Selepas sembahyang Hari Raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari satu Syawal
  5. Waktu Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal
kadar zakat fitrah

Kadar Zakat Fitrah

Berikut merupakan kadar zakat fitrah yang ditetapkan bagi setiap negeri di seluruh Malaysia untuk tahun 2024/1445H. Bayar mengikut jenis beras yang anda selalu gunakan.

NegeriKadar Zakat Fitrah
JohorRM7 / RM12 / RM20
KedahRM7 / RM14.50 / RM22
KelantanRM7 / RM14 / RM21
MelakaRM7 / RM14 / RM21
Negeri SembilanRM7 / RM12.50 / RM22
PahangRM7 / RM14 / RM21
PerakRM8 / RM16 / RM24
PerlisRM7 / RM10
Pulau PinangRM7 / RM14 / RM21
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
RM7 / RM15 / RM22
SabahRM7.50
SarawakRM7.50
SelangorRM7 / RM14 / RM21
TerengganuRM10 / RM22

Cara Bayar Zakat Fitrah

Selain bayaran kepada Amil, pihak Majlis Agama Islam Negeri juga menyediakan pelbagai cara dan kaedah bagi menunaikan zakat fitrah iaitu secara online:

  1. Johor – fitrah.maij.gov.my
  2. Kedah – jom.zakatkedah.com.my
  3. Kelantan – zakat.e-maik.my/v8/index.php
  4. Melaka – www.izakat.com/ui.php
  5. Negeri Sembilan – www.zakatns2u.biz/fitrah
  6. Pahang – ezakat.muip.gov.my / aplikasi PahangGo
  7. Perak – ezakat.maiamp.gov.my
  8. Perlis – bayaran.maips.gov.my
  9. Pulau Pinang – zakatpenang2u.com
  10. Wilayah Persekutuan – www.zakat.com.my
  11. Sabah – appszakat.sabah.gov.my/zakatfitrah
  12. Sarawak – pelanggan.tbs.org.my
  13. Selangor – fpx.zakatselangor.com.my
  14. Terengganu – ezakat.maidam.gov.my/online

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment