Siaran Langsung Live Streaming Kyrgyzstan vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

By aiman

Updated on:

kyrgyzstan vs malaysia

Dalam kalendar FIFA kali ini akan bersambung perlawanan bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 mempertemukan Kyrgyzstan vs Malaysia dalam aksi antarabangsa.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 6 Jun 2024, hari Khamis bertempat di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek. Kali ini giliran Kyrgyztan menjadi tuan rumah dan skuad negara bakal bertandang ke sana.

Jika berdasarkan kempen kali ini, pertemuan kedua-dua pasukan ini merupakan perlawanan kelima dalam kumpulan D. Selain mereka, terdapat juga satu lagi perlawanan iaitu melibatkan Oman dan Chinese Taipei.

Setakat ini, skuad Harimau Malaya berada di tempat ketiga dalam kumpulan dengan mengumpul 6 mata berbanding Kyrgyzstan dan Oman masing-masing ditempat pertama dan kedua dengan 9 mata. Chinese Taipei masih tiada sebarang mata.

Advertisements

Perlawanan Pusingan Pertama

Kempen kali ini, empat pasukan telah diundi dalam setiap kumpulan dan format pertandingan adalah secara round-robin dua pusingan. Kali pertama bermain di tempat sendiri dan kali kedua bertemu di halam lawan pula.

Pada pusingan pertama, Malaysia terlebih dahulu menjadi tuan rumah ketika bermain di Bukit Jalil pada November 2023. Dalam perlawanan tersebut, meskipun sudah ketinggalan 1-3, skuad Harimau Malaya berjaya bangkit dan menang 4-3.

Dengan itu, pada perlawanan pembukaan berpihak kepada skuad bola kebangsaan kita dan meraih 3 mata. Kemudian menang pula 1-0 bertemu Chinese Taipei. Tetapi kegembiraan itu tidak lama, apabila tewas dengan jaringan yang sama 2-0 kepada Oman baik bermain di home dan away.

Pertemuan Head-To-Head Antara Kyrgyzstan vs Malaysia

Kedua-dua pasukan Kyrgyzstan dan Malaysia telah bertemu sebanyak dua kali setakat ini dan terbaru adalah pada November yang lalu dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Setakat ini, Republic of Kyrgyz menang sekali dan Malaysia menang sekali. Jadi pada Jun ini, ianya merupakan pertemuan kali ketiga. Pasukan manakah agaknya yang akan meraih kemenangan 3 mata kali ini pula?

Malaysia Perlu Menang

Jika dilihat di atas kertas, perlawanan ini sepertinya berpihak kepada pasukan tuan rumah. Mereka kini berada di tangga ke-100 rangking dunia FIFA berbanding Malaysia di tempat ke-138.

Akan tetapi, anak-anak buah Kim Pan Gon telah menunjukkan kesungguhan sebelum ini, meskipun berbeza rangking, mereka juga mampu bersaing. Hasilnya? Berjaya menumpaskan pasukan lawan.

Malaysia perlu dapatkan 3 mata untuk mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya. Hanya 1 perlawanan berbaki selepas perlawanan ini. Jika berjaya, mampu mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 dan secara automatik ke Piala Asia 2027.

Siaran Langsung Kyrgyzstan vs Malaysia (Live Streaming)

Seperti biasa bagi yang ingin menonton perlawanan Kyrgyzstan vs Malaysia ini secara langsung. Untuk pengguna Astro, boleh saksikan di saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Advertisements

Manakala yang bukan pengguna Astro, boleh tonton di RTM iaitu di TV Okey serta Sukan RTM. Manakala untuk tontonan secara live streaming di sediakan di platform Sooka dan RTM Klik secara percuma.

Bagi yang tiada tv di rumah, boleh saksikan beramai-ramai di tayangan skrin besar yang disediakan oleh pihak KBS di 16 lokasi terpilih seluruh negara. Boleh datang dan masuk secara percuma sahaja.

Keputusan Terkini Perlawanan

Berikut merupakan jadual perlawanan antara Kyrgyzstan vs Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang berlangsung pada 6 Jun 2024 iaitu pada hari Khamis.

FT : Kyrgyzstan (1) – (1) Malaysia

  • Gulzhigit Alykulov 24′ 
  • Valery Kichin 38′ (OG) 

Waktu : 11.00 malam (waktu Malaysia)
Venue : Stadium Dolen Omurzakov
TV : Astro, RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Siaran Langsung Live Streaming Kyrgyzstan vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia”

Leave a Comment