Pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sampai ke penghujung dan antara perlawanan berlangsung Malaysia vs Chinese Taipei yang melibatkan kumpulan D.
Perlawanan ini akan berlangsung pada 11 Jun 2024, hari Selasa dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Satu lagi perlawanan dalam kumpulan D melibatkan Oman dan Kyrgyzstan berlangsung hari yang sama, jam 12.00 pagi waktu Malaysia.
BACA JUGA : Malaysia Seri Berdepan Kygyzstan Di Bishkek
Ini merupakan perlawanan keenam untuk kesemua pasukan. Setakat ini, Oman telah melayakkan diri ke pusingan ketiga dengan mengumpul 12 mata. Kyrgyzstan di tempat kedua dengan 10 mata. Diikuti Malaysia dan Chines Taipei, masing-masing 7 mata dan tanpa mata terkumpul.
Cara Malaysia Melayakkan Diri Ke Pusingan Seterusnya
Misi skuad Harimau Malaya sangat sukar untuk ke pusingan seterusnya, tetapi diatas kerta, mereka masih berpeluang. Kyrgyzstan dan Malaysia hanya dipisahkan dengan 3 mata sahaja, tetapi perbezaan gol begitu ketara.
Jadi untuk layak, kedudukan kedua itu jadi perubatan untuk kedua-dua pasukan ini berbanding Chinese Taipei yang sememangnya tidak berpeluang lagi. Jadi macam mana Malaysia boleh layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 nanti?
Pasukan | Perbezaan Gol | Mata |
Kyrgyzstan | +6 | 10 |
Malaysia | -2 | 7 |
Jadi sekiranya Malaysia mahu merampas kedudukan kedua kumpulan, mereka perlu menang sekurang-kurangnya 8 gol atau lebih ketika menentang Chinese Taipei. Dalam masa yang sama, Kyrgyzstan perlu tewas paling minima 1-0 sahaja atau perbezaan 1 gol sahaja.
Dengan itu, Malaysia peroleh 10 mata dan perbezaan gol Malaysia adalah +6 dan Kyrgyzstan +5 juga dengan 10 mata. Malaysia rampas kedudukan kedua kumpulan dan layak ke pusingan seterusnya dan secara automatik ke Piala Asia 2027.
Tetapi perlu lihat kembali, Kyrgyzstan pernah menumpaskan Oman sebelum ini. Tambahan pula, perlawanan terakhir ini, mereka sekurang-kurangnya perlu seri sahaja. Misi mereka tidaklah begitu sukar berbanding skuad Harimau Malaya.
Ketua jurulatih juga optimis dengan anak-anak buahnya bagi melakukan magis di Bukit Jalil nanti. Tambahan pula, seorang lagi penyerang dipanggil untuk menyertai skuad kali ini iaitu Sergio Aguero bagi memperkemaskan lagi barisan serangan untuk mengutip hingga 10 gol.
Sejarah Perlawanan Malaysia vs Chinese Taipei
Jika dibuat perbandingan Malaysia vs Chinese Taipei dari segi rangking FIFA. Ianya berkelebiha kepada Malaysia di kedudukan 138, berbanding Chinese Taipei di rangking ke-159.
Tambahan pula, pada perlawanan pertama di tempat lawan, Malaysia berjaya menumpaskan pasukan tuan rumah. Kali ini, kita berkelebihan apabila bermain di tempat sendiri.
Selain daripada pemain di atas padang, pastinya sokongan penyokong pemain ke-12 itu juga memainkan peranan yang penting bagi menyuntik semangat setiap pemain.
Siaran Langsung Malaysia vs Chinese Taipei (Live Streaming)
Mana yang berkesempatan untuk datang ke stadium, boleh datang beramai-ramai. Tapi bagi yang tidak sempat hadir, boleh saksikan juga perlawanan ini di rumah.
Perlawanan antara Malaysia vs Chinese Taipei turut akan disiarkan di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803. Selain itu, boleh juga tonton di saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM.
Untuk tontonan live streaming, anda boleh menggunakan platform Sooka atau disediakan juga menerusi RTM Klik, sama ada menggunakan laman web atau aplikasi mobile secara percuma.
Seperti pada perlawanan sebelumnya, aksi kali ini juga pihak KBS menyediakan tayangan skrin besar di 14 lokasi terpilih seluruh Malaysia. Boleh datang beramai-ramai nanti.
Jadual & Keputusan
Berikut merupakan jadual perlawanan antara Malaysia vs Chinese Taipei yang berlangsung pada 11 Jun 2024, hari Selasa bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
FT : Malaysia (3) – (1) Chinese Taipei
- Yu Yao Hsing 20′
- Safawi Rasid 53′
- Paulo Josue 69′
- Adib Ra’op 90+6′
Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Astro, RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik
Kedudukan Terkini Pasukan Malaysia Dalam Kumpulan D
Pasukan | P | M | S | K | GF | GA | GD | P |
Oman | 6 | 4 | 1 | 1 | 11 | 2 | 9 | 13 |
Kyrgyzstan | 6 | 3 | 2 | 1 | 13 | 7 | 6 | 11 |
Malaysia | 6 | 3 | 1 | 2 | 9 | 9 | 0 | 10 |
Chinese Taipei | 6 | 0 | 0 | 6 | 2 | 17 | -15 | 0 |
*Malaysia tidak meneruskan cabaran dalam kelayakan Piala Dunia. Akan bermain untuk Kelayakan Piala Asia 2027
*Oman dan Kygryzstan layak ke peringkat seterusnya