Senarai 29 Lokasi Bazar Ramadan Kuantan Terkini 2025

By aiman

Published On:

Follow Us
bazar ramadan kuantan

Bulan Ramadan kembali lagi, dan seperti kebiasaannya, bazar Ramadan di Kuantan menjadi tumpuan utama penduduk setempat serta pengunjung dari luar untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.

Dengan pelbagai pilihan juadah tradisional dan moden, bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli makanan berbuka, tetapi juga medan atau tempat untuk merasai kemeriahan suasana menjelang waktu berbuka.

Tahun 2025 menyaksikan beberapa lokasi strategik di Kuantan, Pahang yang menjadi tapak utama bazar Ramadan, menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan pelbagai pilihan hidangan yang menggamit selera.

Iklan Disini

Senarai Lokasi Tapak Bazar Ramadan Di Kuantan

Untuk tahun 2025, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah menyediakan sebanyak 29 tapak Bazar Ramadhan serta Bazar Sahur yang melibatkan 1,140 peniaga. Dikatakan di bandar Kuantan sahaja, ada 5 tapak bazar ramadhan.

Berikut merupakan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan di sekitar Kuantan

  1. Taman Kerang (Mahkota Square)
  2. Taman Gelora Zon A
  3. TMG Tanjung Lumpur
  4. Taman Tas
  5. Bazar Jaya Gading
  6. Tapak Parkir Kantin Rahimah (Stadium)
  7. Perkarangan Stadium Darul Makmur
  8. Di TASEK Commercial Centre, KotaSAS
  9. Jalan Semambu
  10. Bazar Balok Makmur
  11. Bazar Ramadan KMI Kuantan Medical Centre
  12. Pantai Selamat, Indera Mahkota 3
  13. Berjaya Megamall
  14. Masjid Tepian Putra, ECM
  15. Pantai Batu Hitam
  16. Tapak Bazar Sg. Isap (Berhadapan Tunas Manja)
  17. Bazar Ramadhan Kuantan Parade
  18. Bazar Ramadhan Indera Mahkota 2
  19. Bazar Ramadhan Sekilau
  20. Bazar Serambi Teruntum
  21. Tapak Bazar Seberang Balok (Berhadapan Mutiara Garden Hall)
  22. Bazar Kempadang (Tapak Pasar Tani)
  23. Bazar Taman Bukit Rangin Perdana 2
  24. Bazar Kampung Pak Mahat
  25. Bazar Taman Indera Mahkota Jaya
  26. Bazar Nirwana Batu 3
  27. Bazar Berjaya Permai
  28. Bazar Taman Impianku
  29. Bazar Ramadan Gambang (Tapak Pasar Malam)

Bazar Aidilfitri

Selain itu, terdapat tujuh tapak bazar Aidilfitri yang juga beroperasi bermula pada sebelum Ramadan sehingga Syawal kelak :

Iklan Disini
  1. Perkatangan Stadium Darul Makmur
  2. Dataran Sekilau
  3. Mahkota Square
  4. Ubi Street
  5. Menara Kuantan 188
  6. Bazar Serambi Teruntum
  7. Berjaya Megamall

Sumber : MBK

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment