Bazar Ramadan merupakan satu kemeriahan yang dinanti-nanti setiap tahun di bulan Ramadan oleh rakyat Malaysia terutamanya penduduk Shah Alam dan sekitarnya. Pada tahun 2025, bazar Ramadan di Shah Alam dijangka kembali dengan lebih meriah, menawarkan pelbagai juadah tradisional dan moden yang menggoda selera.
Dengan lokasi-lokasi strategik yang tersebar di seluruh bandar, bazar Ramadan ini bukan sahaja menjadi tumpuan untuk berbuka puasa, malah juga sebagai tempat berkumpulnya komuniti setempat. Sambil mendapatkan juada berbuka, boleh rapatkan ukhwah sesama kita.
Shah Alam, sebagai ibu negeri Selangor, sentiasa menjadi lokasi utama untuk menikmati suasana Ramadan yang unik. Bazar Ramadan di sini terkenal dengan kepelbagaian hidangan, dari nasi kerabu Kelantan hingga kuih-muih tradisional Melayu.
Pada tahun 2025, beberapa lokasi baharu dijangka dibuka bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan untuk berbuka puasa. Ini pastinya akan menambah keseronokan dan kemudahan kepada pengunjung.

Lokasi Bazar Ramadan Di Shah Alam Dan Kawasan Sekitar
Berikut merupakan senarai lokasi bazar Ramadan bagi daerah Shah Alam dan kawasan sekitarnya untuk tahun 2025 / 1446 H. Kesemua lokasi ini adalah dibawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
- Tempat Letak Kereta, Jalan 6/1F (Hadapan Restoren Ali Bistro) โ Seksyen 6
- Tempat Letak Kereta, Jalan Plumbum P7/P (Belakang Selaman) โ Seksyen 7
- Tapak Penjaja Sementara, Jalan Plumbum T 7/T (Hadapan Giant) โ Seksyen 7
- Tapak Penjaja Sementara, Jalan Liku A 8/A โ Seksyen 8
- Tapak Penjaja Sementara Jalan Tengku Ampuan Zabedah K/9K โ Seksyen 9
- Tapak Penjaja, Jalan Boling Padang F 13/F โ Seksyen 13
- Tempat Letak Kereta, Jalan 16/3 (Hadapan Dewan MBSA) โ Seksyen 16
- Tapak Pasar Malam, Jalan 17/20 (Hadapan Dewan MBSA) โ Seksyen 17
- Tapak Pasar Malam, Jalan 18/A โ Seksyen 18
- Tapak Penjaja Sementara Jalan 18/34 (Hadapan Klinik Ahmad Shah) โ Seksyen 18
- Tapak Pasar Malam, Jalan 19D โ Seksyen 19
- Tempat Letak Kereta, Jalan Singa 20/2 โ Seksyen 20
- Tapak Penjaja Sementara, Jalan Timur 24/C โ Seksyen 24
- Tapak Penjaja Sementara Jalan Ria 25/62 (Bersebelahan Pasaraya Mydin) โ Seksyen 25
- Tapak Pasar Malam, Jalan Bukit Raya 27/8 โ Seksyen 27
- Tapak Penjaja Sementara, Jalan 28/5 (Berhampiran Restoren KFC) โ Seksyen 28
- Tapak Pasar Malam, Jalan Saujana Indah, TTDI Jaya (Restoren Sidah) โ Seksyen U2
- Tapak Pasar Malam Jalan Dinar, Subang Perdana โ Seksyen U3
- Tempat Letak Kereta, Jalan Nova M U5/M (Subang Bestari) โ Seksyen U5
- Tempat Letak Kereta Jalan Matahari U5/117 โ Seksyen U5
- Tapak Pasar Malam Subang 2, Jalan U5/BV, Subang 2 โ Seksyen U5
- Temapt Letak Kereta, Jalan C U8/C, Bukit Jelutong, (Hadapan Mydin) โ Seksyen U8
- Tempat Letak Kereta, Jalan Setia Prima A U13/A (Hadapan CIMB Setia Alam) โ Seksyen U13
- Tapak Pasar Malam, Jalan Setia Perdana BB U13/BB (Taipan 2) โ Seksyen U13
- Temapt Letak Kereta Jalan BRP 1/4, Bukit Rahman Putra, Bandar Baru Sungai Buluh (Depoh Tunda) โ Seksyen U20
- Tapak Penjaja Sementara Jalan 1A/3, Bandar Baru Sg. Buloh (Hadapan KFC) โ Seksyen U20
- Bazar Ramadan Stadium Shah Alam (Lokasi Yang Sama)
Sumber : MBSA
Maaf ye , tapi bazar ramadan di Stadium shah alam masih ada ditempat sama macam tahun tahun lepas
terima kasih untuk info. Kami sudah perbetulkan.