Maksud POV Yang Selalu Digunakan Di Video TikTok

By aiman

Published on:

apa maksud pov tiktok

Mungkin anda biasa tengok kalau layan TikTok, ada jumpa video yang menggunakan tag ‘POV’, tapi apakakah maksud POV tersebut? Ia kini menjadi popular dikalangan pengguna TikTok jika mereka ingin mmbuat perkongsian video.

TikTok merupakan platform media sosial yang semakin popular di Malaysia hatta di seluruh dunia. Ianya terkenal dengan pelbagai jenis kandungan kreatif yang dihasilkan oleh penggunanya. Dalam artikel ini, kita akan tengok maksud POV tersebut dan bagaimana cara menggunakannya.

Apa Maksud POV?

“POV” adalah singkatan untuk “Point of View” yang bermaksud “sudut pandangan” jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

Advertisements

Dalam konteks umum, POV merujuk kepada sudut perspektif, pandangan atau pendapat seseorang terhadap sesuatu situasi. Juga boleh merujuk kepada pandangan orang pertama untuk konteks video.

BACA JUGA : Maksud LOL Dalam Bahasa Melayu

Erti kata lain, video POV yang anda tonton di TikTok juga seolah-olah penonton iaitu anda adalah sebahagian daripada situasi atau cerita tersebut sebagai pelakon utama dalam video atau foto.

Bagaimana POV Digunakan di TikTok Dan Contoh Penggunaa

Sebagai contoh jika anda tonton video di TikTok, video POV biasanya bermula dengan tajuk seperti “POV: You are my best friend,” sekarang anda seolah-olah sedang merakam best friend anda. Anda sebahagian daripada cerita tersebut.

Untuk contoh lain, “POV: anda merupakan murid dalam kelas saya”. Ini membawa maksud, video creator tersebut mungkin akan berlakon sebagai guru dan bercakap kepada kamera seolah-olah sedang bercakap dengan pelajar.

Dengan itu, mereka yang layan video tersebut akan pengalaman dari sudut pandangan seorang pelajar yang sedang mendengar gurunya bercakap.

Advertisements

POV menjadi popular di TikTok kerana ia memberikan pengalaman yang lebih mendalam dan menarik kepada penonton. Penonton dapat rasa seperti mereka benar-benar berada di dalam situasi yang digambarkan dalam video.

Dengan format POV ini juga, TikTokers dapat mencipta pelbagai senario yang mungkin tidak dapat dirasai oleh orang ramai dalam kehidupan sebenar seperti menjadi hero filem, kerja di tempat bahaya dan sebagainya.

Jadi kalau anda sudah faham maksud POV yang sering digunakan, lepas ni anda boleh la layan mana-mana video POV TikTok dan merasai seolah-olah anda merupakan watak dan pengguna tersebut. Lebih menarik kan.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment