Siaran Langsung Malaysia vs Lubnan Final Pestabola Merdeka 2024 [LIVE STREAMING]

By aiman

Updated on:

malaysia vs lubnan

Yang dinanti-nantikan kita tiba, Malaysia vs Lubnan merupakan satu perlawanan yang yang penting apabila kedua-duanya bakal merebut gelaran juara di pentas final Pestabola Merdeka 2024.

Malaysia ingin menambah kejuaraan kali ke-11, manakala Lubnan berharap mencatat sejarah dengan meraih kejuaraan sulung mereka dalam kejohanan ini.

Perlawanan Malaysia vs Lubnan ini akan berlangsung pada hari Ahad, 9 September 2024, Ahad, dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain daripada perlawanan akhir, ini juga menjadi perlawanan kedua atau perlawanan penutup bagi kalendar FIFA kali ini untuk kedua-dua pasukan.

Dalam masa yang sama, di belah petang, satu perlawanan juga diadakan iaitu penentuan tempat ketiga yang mempertemukan Fiilipina dan Tajikistan.

Advertisements

Rekod Pertemuan Malaysia vs Lubnan

Sejarah pertemuan Malaysia dan Lebanon mungkin tidaklah terlalu panjang. Ini kerana kedua-dua pasukan ini hanya pernah bertemu sebanyak dua kali sahaja iaitu dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 di peringkat kumpulan.

Dengan perlawanan home dan away, kedua-duanya dimenangi oleh Lubnan dengan jumlah jaringan yang sama iaitu 2-1. Ini merupakan pertemuan ketiga dan pastinya.

Pertemuan kali ketiga ini pastinya skuad Harimau Malaya inginkan keputusan yang berbeza daripada pertemuan sebelumnya. Hanya satu tujuan iaitu menang dan merangkul kejuaraan.

Kedua-dua pasukan ini berada di prestasi terbaik. Tetapi jika perbandingan ranking FIFA dibuat, Lubnan mempunyai kelebihan apabila berada di kedudukan ke-116 dunia, manakala Malaysia berada di tempat ke-134.

Meskipun begitu, Malaysia masih mempunyai kelebihan dari segi pasukan tuan rumah. Mereka perlu menghadapi ribuan penyokong setiap yang hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Aksi Separuh Akhir Yang Mendebarkan

Perjalanan ke final bukanlah mudah bagi kedua-dua pasukan. Malaysia terpaksa bekerja keras untuk menundukkan Filipina dalam perlawanan separuh akhir dengan keputusan 2-1.

Syamer Kutty Abba menjaringkan gol pertama untuk Malaysia, sementara Safawi Rasid memastikan kemenangan melalui sepakan penalti.

BACA JUGA : Keputusan Penuh 2-1 Memihak Kepada Malaysia Selepas Menumbangkan Filipina Dalam Aksi Separuh Akhir

Filipina memberi saingan sengit apabila terlebih dahulu membuka akaun jaringan ketika itu, namun kecekapan barisan serangan Malaysia serta pertahanan yang berdisiplin berjaya mengatasi cabaran mereka.

Lubnan pula mara ke final setelah menewaskan juara bertahan, Tajikistan, yang juga berada di ranking FIFA yang lebih tinggi, tetapi berjaya mengatai dan meraih kemenangan tipis 1-0.

Advertisements

Lubnan mempamerkan taktikal bertahan yang kukuh serta kecekapan dalam serangan balas, memastikan mereka mengekalkan kelebihan satu gol sehingga tamat perlawanan. Kemenangan ini menambahkan keyakinan Lubnan untuk mencabar Malaysia di perlawanan akhir.

Siaran Langsung Malaysia vs Lubnan Final Pestabola Merdeka 2024

Bagi peminat bola sepak yang tidak dapat hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil, jangan risau. Anda boleh mengikuti perlawanan akhir ini secara langsung di saluran Astro Arena 801, Astro Arena Bola 803, serta TV Okey dan Sukan RTM.

Bagi yang ingin menonton secara live streaming, anda boleh berbuat demikian melalui aplikasi Sooka dan RTM Klik yang disediakan secara percuma. Anda boleh strim sama ada menggunakan laman web atau aplikasi mobile.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Malaysia vs Lubnan bagi aksi final Pestabola Merdeka 2024 yang berlangsung pada 7 September 2024, hari Ahad.

FT : Malaysia (1) – (0) Lubnan

  • Romel Morales 33′

Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Astro, RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment