Senarai Mesin ATM Tukar Duit Raya 2024 Seluruh Malaysia

By aiman

Updated on:

tukar duit raya cimb

Jika anda tak sempat nak tukar duit raya di kaunter bank. Anda sebenarnya ada pilihan untuk dapatkan ‘wang kertas’ baru sempena Hari Raya ini di mesin ATM terpilih seluruh Malaysia.

Bersempena ketibaan Aidilfitri, pihak bank ada menyediakan pertukaran wang kertas baru untuk dijadilan duit hari raya untuk digunakan sempena perayaan tersebut. Selain di kaunter, anda boleh juga dapatkan di mesin ATM.

Bank yang terpilih ada menyediakan duit kertas baru sama ada RM10, RM50 dan RM100. Tiada pengeluaran atau tukar duit raya untuk RM1 dan RM5 seperti yang anda boleh dapatkan di kaunter bank.

Advertisements

Senarai Mesin ATM Tukar Duit Raya 2024

Berikut merupakan senarai mesin ATM bagi bank Maybank, Bank Islam, CIMB dan Affin Bank bagi pengeluaran duit kertas baru untuk dijadikan duit raya.

a. Maybank

Pihak Maybank ada menyediakan 70 mesin ATM di setiap lokasi terpilih untuk anda dapatkan pengeluaran duit kertas RM10 yang baru. Caranya

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank terpilih
  2. Cari mesin ATM yang ada tanda pengeluaran khas
  3. Buat pengeluaran seperti biasa
  4. Anda akan dapat duit kertas baru RM10

b. Bank Islam

Bank Islam turut juga menyediakan 10 mesin ATM khas di seluruh negara bagi pengeluaran duit raya RM10, RM20, RM50 dan RM100 iaitu sejak 27 Mac yang lalu

tukar duit raya bank islam

c. CIMB

Anda boleh keluarkan duit raya RM10 di sembilan mesin ATM khas untuk CIMB bermula 4 hingga 10 April 2024. Dapatkan sementara stok masih ada.

Advertisements
tukar duit raya cimb

d. Affin Bank

Berikut merupakan senarai branch atau cawangan Affin Bank seluruh Malaysia yang ada menyediakan pengeluaran duit raya baru untuk note RM10 dan RM50.

Jadi lepas ni, tak perlu lagi beratur panjang-panjang di kaunter bank untuk tukar duit raya. Boleh dapatkan di mesin ATM sahaja tetapi tertakluk dan selagi stok masih ada.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment