Cara Tukar Duit Raya Secara Online Menerusi BIMB Mobile (Aplikasi Bank Islam)

By aiman

Published On:

Follow Us
cara tukar duit raya secara online di apps bimb

Makin tahun makin canggih, kali ini sudah ada cara untuk tukar duit raya secara online sahaja dan tanpa perlu pergi ke mesin ATM khas yang disediakan atau pergi beratur di bank seperti tahun sebelum-sebelumnya.

BACA JUGA : Senarai Mesin ATM Untuk Tukar Duit Raya

Inilah antara langkah dan inisiatif yang diambil oleh salah satu bank di Malaysia iaitu bank Islam. Kini mereka menawarkan perkhidmatan tukar duit raya secara online tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

Tawaran ini adalah khusus pengguna Bank Islam iaitu menerusi perbankan online di aplikasi BIMB. Jadi syarat utama untuk tukar duit raya ni, kena berdaftar dan ada akaun BIMB.

Iklan Disini

Cara Tukar Duit Raya Secara Online Menggunakan Aplikasi BIMB

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mohon tukar duit raya secara online menggunakan aplikasi BIMB di telefon anda

1) Login akaun BIMB menggunakan username dan password

2) Pada halama utama, klik pada Jom Tukar Duit Raya dan kemudian masukkan segala butiran yang diminta terutamanya cawangan mana yang anda ingin ambil Duit Raya tersebut

3) Kemudian masukkan jumlah duit yang anda ingin tukar untuk note RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 (*Permohonan tidak semestinya lulus kesemuanya, bergantung kepada pihak Bank Islam)

4) Akhir sekali jika sudah selesai, klik butang Confim & Submit

Iklan Disini

SELESAI! Anda boleh semak emel untuk pengsahan tempatan. Pihak Bank Islam akan hubungi anda dalam tempoh 5 hari waktu bekerja untuk ambil Duit Raya anda nanti.

Sumber : Cik Cima Syima

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment