Ada berita baik untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) apabila ada yang memaklumkan kini mereka mula menerima bayaran daripada program sumbangan tersebut.
Pada awal minggu ini, Kementerian Kewangan memaklumkan dimana, kerajaan akan mula menyalurkan STR untuk Fasa 3 bermula 29 Ogos 2024 (Khamis) iaitu untuk 8 juta penerima sedia ada.
Manakala bagi penerima baru dan rayuan, pembayaran akan dibuat mulai 18 September 2024 iaitu hari Rabu. Nilai bantuan untuk Fasa 3 ini adalah bermula RM50 sehingga RM650 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Meskipun begitu, pantuan dibuat di laman media sosial seperti facebook, ada penerima yang sudah menerima bayaran tersebut daripada pelbagai bank seperti Maybank, Hong Leong, Bank Islam, RHB dan sebagainya.
Untuk info, pembayaran STR Fasa 3 mengikut kategori kelayakan masing-masing adalah seperti berikut:
Isi Rumah
- Bawah RM2500 = RM150 – RM650
- Antara RM2501 – RM5000 = RM150 – RM300
Bujang
- Warga emas tiada pasangan = RM150
- Bujang = RM50
Untuk info lanjut, boleh layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
I’m gone to inform my little brother, that he should also visit this website on regular basis to take updated from hottest news.