Siaran Langsung Perak vs JDT Liga Super 2024 [LIVE STREAMING]

By aiman

Published on:

perak vs jdt liga super

Pada minggu kesembilan (LS9) pada awalnya telah berlangsung perlawanan saingan Liga Super melibatkan Perak vs JDT. Akan tetapi ianya terpaksa dibatalkan.

Ini kerana, perlawanan yang berlangsung pada 17 Ogos tersebut diberhentikan atas faktor cuaca hujan yang sangat lebat. Jadi perlawanan tidak dapat diteruskan ketika itu.

Akan tetapi, kini ianya dilangsungkan kembali dalam perlawanan tertunggak iaitu pada 5 Oktober 2024, hari Sabtu, pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Ipoh di Perak.

Perlawanan Yang Ditunggu-Tunggu Oleh Penyokong Perak

Perlawanan menentang juara sedekad Liga Super, Johor Darul Ta’zim pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak tempatan, terutamanya melibatkan pasukan kesayangan mereka.

Penyokong Perak terutamanya pasti teruja untuk melihat lebih dekat aksi daripada pasukannya ketika menentang JDT. Perlawanan berintensiti tinggi bakal disajikan daripada kedua-dua pasukan.

Advertisements

Kebiasaanya juga, jika melibatkan pasukan JDT, stadium tuan rumah pastinya akan menerima kedatangan penonton yang ramai. Pastinya akan berlaku sekali lagi di Stadium Perak pada malam ini.

BACA JUGA : Cara Beli Tiket Bola Liga Super Secara Online

Prestasi Tidak Menentu Daripada Perak

Perak FC kini berada di kedudukan ke-10 dan telah mengumpul sebanyak 6 mata dalam tujuh perlawanan. Jadi pertemuan Perak vs JDT ini merupaakn perlawanan kelapan pasukan pasukan Seladang.

Dalam jumlah perlawanan tersebut, Perak hanya pernah menang dua kali sahaja dan telah tewas baki perlawanan. Ini bermakna, mereka tidak pernah lagi meraih keputusan seri. Sama ada menang atau kalah.

Kini bertemu JDT, pastinya sesuatu yang sukar jika dilihat daripada segi prestasi sebenar dan juga kemasukan pemain-pemain import yang baru. Adakah Perak bakal menjadi mangsa seterusnya daripada amukan JDT?

Rekod Kekalahan Besar Dalam Lima Perlawanan Terakhir

Rekod terakhir 5 perlawanan antara Perak dan JDT menyaksikan Perak telah tewas dengan jumlah yang besar bagi setiap pertemuan. Sekurang-kurangnya Perak akan melepaskan 4 gol bagi setiap perlawanan.

Kali terakhir adalah pada Februari 2023 yang telah menyaksikan Perak tumpas kepada tangan JDT dengan jaringan 8-1 dalam saingan Piala Malaysia di pusingan separuh akhir. Jika dihitung daripada perlawanan timbal balik pertama yang telah tumpas 1-4 dan menjadikan aggregat 12-2.

Adakah perkara ini akan berlaku sekali lagi di hadapan penyokong tuan rumah sendiri? Atau Perak kini lebih bersedia untuk menyekat serangan JDT seperti yang berjaya dilakukan oleh PDRM sebelum ini.

Siaran Langsung Perak vs JDT [Live Streaming]

Nak tahu adakah ianya akan berlaku atau tidak. Adakah Perak mampu mencipta magis terhadap JDT. Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung sama ada di stadium mahupun di rumah.

Advertisements

Untuk tontonan di rumah, anda boleh menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Ini adalah khusus untuk pengguna Astro yang melanggan pakej sukan secara bulanan.

Tetapi bagi yang tiada akses Astro, anda masih boleh tonton perlawanan ini iaitu menerusi platform Sooka. Boleh live streaming sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Perak vs JDT bagi saingan Liga Super 2024/2025 untuk waktu baru bagi minggu kesembilan (LS9) yang berlangung pada hari Sabtu, 5 Oktober 2024.

Perak vs JDT

Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium Perak
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment