Perlawanan antara JDT vs Perak bakal berlangsung dalam saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 pada 24 Februari 2025 (Isnin).
Aksi ini merupakan perlawanan pertama bagi minggu kedua puluh dua (LS22) dan akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, pada pukul 8.15 malam.
Para peminat bola sepak tempatan boleh menyaksikan siaran langsung JDT vs Perak menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara live streaming di Sooka.
Perlawanan ini bakal menjadi detik bersejarah kerana sekiranya JDT menang, mereka akan disahkan sebagai juara Liga Super Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut.
Aksi JDT vs Perak Dalam Liga Super 24/2025
Pasukan Johor Darul Taโzim (JDT) akan menjadi tuan rumah bagi aksi pertemuan kedua antara mereka dan Perak dalam saingan Liga Super Malaysia 2024/2025.
Dengan kelebihan bermain di halaman sendiri, JDT pastinya mahu memastikan kemenangan bagi mengesahkan kejuaraan liga seawal mungkin.
Ketika ini, JDT mendominasi carta liga dengan 55 mata, hasil 18 kemenangan dan 1 keputusan seri, tanpa sebarang kekalahan. Mereka hanya perlu meraih 3 mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan musim ini.
Sementara itu, Perak berada di kedudukan ke-6 dalam carta liga dengan 23 mata, hasil 6 kemenangan, 5 seri, dan 8 kekalahan.
Walaupun tidak berada dalam kelompok teratas, Perak pastinya ingin memberi tentangan sengit kepada JDT bagi mendapatkan keputusan yang positif untuk dibawa pulang.
Jika JDT menang perlawanan ini, mereka akan memperoleh 58 mata dan secara matematik tidak lagi boleh dipintas oleh mana-mana pasukan lain, sekali gus menjadikan mereka juara Liga Super Malaysia 2024/2025.

Sejarah Pertemuan JDT vs Perak
Dalam musim Liga Super untuk musim, pertembungan JDT vs Perak hanya berlaku sekali sahaja sebelum ini, iaitu sekitar bulan Oktober 2024 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh.
Dalam perlawanan tersebut, JDT menunjukkan keunggulan mereka dengan kemenangan besar 5-0 ke atas Perak meskipun ketika itu bermain di halaman lawan.
BACA JUGA : Perak Tunduk 5 Gol Tanpa Balas Kepada JDT
Berdasarkan rekod semasa dan prestasi terkini, JDT dijangka tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan Perak sekali lagi dalam perlawanan ini.
Selain itu, dengan kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri di Stadium Sultan Ibrahim, skuad Harimau Selatan pasti lebih bersemangat untuk memastikan kemenangan dikecapi.
Sekiranya JDT menang, kemungkinan besar akan ada sambutan bunga api dan perayaan kejuaraan seawal malam ini. Namun, jika JDT hanya sekadar seri atau tewas, mereka perlu menunggu perlawanan seterusnya untuk mengesahkan kejuaraan liga.
Keputusan Perlawanan
FT : JDT (2) โ (0) Perak
- Jese Rodriguez 45โฒ
- Jordge Obregon 64โฒ (P)
Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka