Piala Sultan Selangor 2024: Siaran Langsung Selangor vs Singapura Di RTM [Live Streaming]

By aiman

Updated on:

piala sultan selangor 2024

Selepas selesai saingan Liga Super pada Selasa menentang Sabah, Selangor kini akan bersaing pula dalam kejohanan Piala Sultan Selangor 2024 yang bakal diadakan pada hujung minggu ini.

Ianya merupakan sebuah pertandingan berprestij dan bersejarah yang bakal menemukan dua seterus lama iaitu antara Selangor dan Singapura. Kelab Bola Sepak Selangor sekali lagi akan menyertai kejohanan ini untuk edisi 2024.

Kedua-dua pasukan ini akan beraksi di Stadium Merdeka yang penuh dengan sejarah dan cukup terkenal dengan warisan bola sepaknya yang tersendiri. Meskipun hanya perlawanan persahabatan, tetapi ianya melambangkan keseteruan yang sihat dan bersejarah antara Selangor dan Singapura yang telah menjangkau beberapa dekad.

Advertisements

Dua Perlawanan Berlangsung Dalam Piala Sultan Selangor 2024

Seperti pada edisi-edisi lalu juga, akan berlangsung dua perlawanan dalam kejohanan Piala Sultan Selangor 2024 (PSS) iaitu antara:

  • Pilihan Selangor vs Pilihan Singapura
  • Veteran Selangor vs Veteran Singapura

Kedua-duanya akan berlangsung pada hari dan di venue yang sama. Dikatakan tiket fizikal yang dijual sejak Julai yang lalu telah habis dijual (Sold Out). Pasti ramai yang tidak sabar untuk datang dan saksikan secara dekat.

Jadual Dan Siaran Langsung Piala Sultan Selangor 2024

Untuk jadual perlawanan antara Selangor vs Singapura, ianya akan berlangsung pada Sabtu, 17 Ogos 2024 bertempat di Stadium Merdeka. Sepak mula adalah pada jam 9.00 malam. Akan ada dua perlawanan.

Selain menonton di stadium, perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung ke kaca tv iaitu menerusi saluran RTM di Sukan RTM. Bagi yang tiada akses saluran ini, boleh tonton secara live streaming di RTM Klik secara percuma.

Keputusan Perlawanan

FT : Selangor FC (2) – (1) Singapura FA

Advertisements
  • Ronnie Fernandez 82′
  • Faris Ramli 87′
  • Alvin Fortes 90+1′

Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Merdeka
TV : Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

FT : Veteran Selangor (2) – (1) Veteran Singapura

  • Datuk Zainal Abidin 3′
  • Asmawi Bakiri 18′
  • Dalis Supait 90+1′

Masa : 8.00 pm
Venue : Stadium Merdeka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment