Untuk hari ketiga, minggu keempat (LS4) bagi saingan Liga Super 2024/2025 antara yang dilangsungkan adalah pertemuan Selangor vs Perak yang mana dimainkan pada belah petang.
Pertembungan kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada 23 Jun 2024, bersamaan pada hari Ahad bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Sekali lagi Selangor menjadi tuan rumah untuk ketiga berturut-turut.
Dengan kesempatan ini, pastinya Selangor tidak akan mensia-siakan. Dua perlawanan sebelum ini, Selangor tampak selesa di gelanggang sendiri apabila berjaya menumpaskan setiap pasukan yang bertandang.
Tetapi Perak bukanlah pasukan sembarangan. Mereka telah menunjukkan sesuatu sebelum ini apabila berjaya menumpaskan Kedah Darul Aman meskipun bermain di tempat lawan.
Oleh itu, Selangor tidak harus memandang rendah kepada Perak apabila menerima kunjungan pasukan tersebut di MBPJ nanti. Jika leka, pastinya akan ada keputusan yang tidak diingini berlaku.
Pertembungan Sebelumnya Selangor vs Perak
Kali terakhir Selangor dan Perak bertemu adalah pada musim lalu hanya dalam saingan liga. Kedua-dua pertemuan tersebut disudahi dengan keputusan yang sama 4-0 tetapi berpihak kepada Selangor.
Dengan barisan pemain baru bagi kedua-dua pasukan, adakah Selangor sekali lagi berjaya menidakkan kemaraan Perak dalam perlawanan ini? Atau Perak berjaya mencipta magis di MBPJ nanti?
Siaran Langsung Selangor vs Perak – Live Streaming
Jika hujung minggu anda tidak berada di stadium bagi menyaksikan perlawanan ini, anda boleh berada di hadapan kaca tv untuk nikmati aksi permain bola sepak lokal yang dimainkan pada belah petang ini.
Pertemuan Selangor vs Perak akan disiarkan secara langsung iaitu menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Kalau nak tonton secara live streaming, boleh menggunakan aplikasi RTM Klik secara percuma.
Jadual & Keputusan
Berikut merupakan jadual perlawanan Selangor vs Perak yang akan berlangsung pada 23 Jun 2024, hari Ahad bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.
FT : Selangor (2) – (1) Perak
- Ronie Fernandez 24′, 40′
- Fikri Azhar 79′
Masa : 5.30 petang
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik